RTM yang belum merdeka ?


Terkini jam 1 tengah hari:

1) Berita RTM jam 1 tengah hari baru tunjuk...

2) Menteri Penerangan menjelaskan, memang RTM tak pernah menyiarkan secara langsung upacara angkat sumpah MP. RTM hanya menyiarkan sesi soal jawab sahaja.

Soalnya: Takanlah sekali imbas pun tak boleh tunjuk gambar DSAI. Sedangkan beberapa kali asyik fokus MP tertentu lelap mata boleh pulak?

Sebentar tadi saya telah mengikuti dari mula hingga akhir Siaran Langsung dari Parlimen yang dibawa oleh RTM-TV1.

Apa yang dapat kita lihat RTM langsung tidak menyiarkan gambar atau wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim walau pun sekali daripada mula hinggalah tamat siaran langsung tersebut.

Adakah ini kehendak Juru kamera atau ia adalah kehendak dan arahan daripada Menteri yang kalah semasa berdebat dengan DSAI pada tempoh hari?

Jika dinegara maju, Ketua Pembangkang diberi keistimewaan yang begitu luas sama ada dalam Parlimen mahu pun diluar Parlimen. Beliau diberi liputan media yang sama rata seperti mana yang diberikan kepada pemimpin kerajaan di negara mereka.

Tetapi amat menyedihkan dengan tabiat tidak bertamadun yang masih diamalkan oleh Pemimpin-pemimpin negara kita. Mereka seoalah-olah dilihat masih belum merdeka, sedangkan beberapa hari lagi negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51.

Ternyata kini Pemimpin-pemimpin UMNO khasnya benar-benar fobia Anwar Ibrahim.

Minda rakyat Malaysia benar-benar dijajah oleh UMNO.

Fikiran rakyat Malaysia benar-benar telah dikongkong dan disempitkan oleh UMNO.

Ia dilakukan semata-mata untuk mengekalkan kedudukan periuk nasi mereka. Biar rakyat negara ini jadi BODOH asalkan kuasa, jawatan dan kepentingan mereka kekal.

Wahai Rakyat Malaysia sekalian,

Bukalah mata anda....Bukalah hati anda...Bukalah minda anda...jangan biarkan diri anda tergolong sebagai rakyat yang paling bodoh di dunia ini.

No comments

Powered by Blogger.