Confirm !!! Sah !!! Pak Lah Arah Dakwa

a
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang diminta mengulas perkara itu percaya polis mempunyai cukup bukti bagi mendakwa Anwar bersabit tuduhan itu.

"Polis bukan bodoh untuk mendakwa jika tiada bukti
," katanya sambil menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan supaya Anwar didakwa bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah yang dihadapi negara.

Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam, Abdullah berkata, beliau sendiri pernah mengingatkan polis supaya menggugurkan kes itu jika tidak ada bukti.

"Jika ada bukti, dakwa... jika tidak, gugurkan. Itu yang saya katakan... terpulang kepada mereka untuk memutuskan berdasarkan siasatan yang sudah dilakukan.

"Jika mereka berasakan terdapat cukup bukti, mereka perlu mendakwa
kerana ada orang, iaitu Mohd Saiful menuntut keadilan... mungkin anda terlupa Saiful dan berasakan Anwar lebih penting.
"Ini adalah persoalan undang-undang dan polis bertanggungjawab menjalankan siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh Mohd Saiful. Jika mereka ada bukti untuk mendakwa, kita tidak boleh menghalangnya," katanya.

ulasan

Perkataan “ MENGINGATKAN” , boleh membawa maksud , MENGARAHKAN , MEMINTA , MEMOHON , MEMAKSA , MENYERU , MENGKEHENDAKI , MERAYU ,

Mana – mana perkataan di atas membawa makna yang lebih kurang sama , dari segi pemakaian dalam hal beliau adalah seorang Pedana Menteri , yang membawa maksud akhirnya “ MENGARAHKAN

Persoalannya , ………………..

Untuk lebih jelas , dipetik perenggan – perenggan yang berkenaan , ulas dan komen serta teliti betul – betul . Petikan asal di bawah
  1. Kenapa dan mengapa Pak Lah memberi kenyataan ini.
- Adakah bermakna Pak Lah , selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lebih mengetahui kes ini , berbanding dengan Menteri Dalam Negeri ?

-
Adakah Pak Lah ingin mengambil alih urusan kes ini dari Menteri Dalam Negeri , bagi menjamin kes ini berjaya mensabitkan DSAI supaya didapati bersalah ?

-
Mengapa Pak Lah , yang mengaku pernah mengingatkan polis supaya menggugurkan kes itu jika tidak ada bukti , bertindak melampaui kuasa Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab secara langsung kepada polis ?

-
Sekiranya Pak Lah boleh mengingatkan polis seperti di atas, beliau juga boleh ‚mengingatkan’ polis supaya “.....Jika ada bukti, dakwa .....“ seperti di atas juga , adakah bermakna

- Ini soalan CEPU EMAS untuk peguam – peguam DSAI , Sekiranya Pakl Lah boleh dan pernah mengingatkan polis supaya menggugurkan kes itu jika tidak ada bukti , JUGA “.....Jika ada bukti, dakwa , MAKA adakah berkemungkinan Pak Lah boleh „“MENGINGATKAN“ polis supaya mendakwa DSAI di mahkamah , walaupun tanpa bukti ?

-
Mengapa Pak Lah yang Mengingatkan Polis ? Sedangkan ini bukan dalam bidang tugasnya

-
Kalau Pak Lah yang „“......PERNAH MENGINGAKTKAN ....“ , adakah ini bermakna beliau sudah campurtangan dalam kes ini ?

-
Mana boleh ?

-
Beliau merupakan seorang ahli politik , ini sudah namanya campur tangan politik

- Beliau adalah seorang Perdana Menteri , bukan kah sudah ada agihan tugas , ini adalah tugas Menteri Dalam Negeri

-
Beliau adalah Menteri Kewangan , ini bukan urusan Menteri Kewangan.

-
Beliau bukan Menteri Dalam Negeri

-
Siapa kah Pegawai Polis yang Pak Lah „“...PERNAH MENGINGATKAN .....“ seperti petikan kenyataan di bawah ?

-
Adakah polis berkenaan berpangkat Koperal , Konstabel , Sarjan ?

-
Adakah polis berkenaan berpangkat Ketua Polis Negara , Timbalan Ketua Polis Negara , Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ?

-
Rasa – rasanya rakyat Malaysia percaya dan yakin , sesuai dengan kedudukan dan pangkat Pak Lah , beliau tidak „“....PERNAH MENGINGATKAN ....“ polis yang berpangkat Koperal , Konstabel , Sarjan , TETAPI beliau „“....PERNAH MENGINGATKAN ....“ polis yang berpangkat Ketua Polis Negara , Timbalan Ketua Polis Negara , Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

-
Mereka – mereka Ini boleh dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan nanti

-
Peguam DSAI harus masukkan ini dalam perbicaraan nanti.

- Wartawan Berita harian , perlu di sapina , sebagai saksi bagi percakapan dan pernyataan Pak Lah di bawah

-
Begitu lah bodohnya Pak Lah

- Walaupun masih mengaku cerdik dan bijak menguruskan negara.

-
Pak Lah selaku Perdana Menteri tidak seharusnya campurtangan dengan memberi kenyataan , yang sepatutnya dkendalikan oleh Menteri Dalam Negeri

-
Pak Lah hanya dan sepatutnya , memberi kenyataan , „....saya tidak mahu ulas...“ ATAU „.....saya tak tau .....“ , „“ ....saya tak mahu campur tangan ....“ , „“ .....ni urusan Menteri Dalam Negeri .........“-
  1. Mengapa bukan Menteri Dalam Negeri , yang mengawal polis , yang seharusnya membuat kenyataan
- Mengapa bukan Syed Hamid Albar , iaitu menteri yang bertanggungjawab menjaga polis yang membuat kenyataan sedemikian

-
Sepatutnya , Syed Hamid yang mendapat laporan terus dari polis . , setelah diberikan taklimat , yang mengeluarkan kenyataan sebeginidia pulak yg tau lebih byk dari menteri


Konklusi

* Rakyat Malaysia masih berkeyakinan dan mempercayai , bahawa Pak Lah yang mengarahkan DSAI dihadapkan ke mahkmah , walaupun tidak ada bukti menunjukkan saiful diliwat.




Cukup bukti dakwa Anwar
Hadapi tuduhan liwat pembantu

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, hari ini.

Keputusan itu dibuat Pejabat Peguam Negara selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan polis berhubung kes berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang diminta mengulas perkara itu percaya polis mempunyai cukup bukti bagi mendakwa Anwar bersabit tuduhan itu.

"Polis bukan bodoh untuk mendakwa jika tiada bukti," katanya sambil menegaskan beliau tidak pernah

mengarahkan supaya Anwar didakwa bagi mengalihkan perhatian
rakyat terhadap masalah yang dihadapi negara.

Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam, Abdullah berkata, beliau sendiri pernah mengingatkan polis supaya menggugurkan kes itu jika tidak ada bukti.

"Jika ada bukti, dakwa... jika tidak, gugurkan. Itu yang saya katakan... terpulang kepada mereka untuk memutuskan berdasarkan siasatan yang sudah dilakukan.

"Jika mereka berasakan terdapat cukup bukti, mereka perlu mendakwa kerana ada orang, iaitu Mohd Saiful menuntut keadilan... mungkin anda terlupa Saiful dan berasakan Anwar lebih penting.
"Ini adalah persoalan undang-undang dan polis bertanggungjawab menjalankan siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh Mohd Saiful. Jika mereka ada bukti untuk mendakwa, kita tidak boleh menghalangnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya berkata polis semalam menyerahkan notis mengarahkan Anwar hadir di mahkamah pada jam 10 pagi ini.

"Polis sudah selesai menjalankan siasatan kes jenayah seksual membabitkan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii membabitkan Anwar, dengan berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia ada dalam sistem perundangan negara.

"Sehubungan itu, kertas siasatan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapat nasihat dan keputusan. Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa Anwar," katanya.

Terdahulu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Deputi Superintendan Jude Pereira, menyerahkan notis itu kepada Anwar di kediamannya di Bukit Segambut, Segambut Dalam di sini.

Anwar sendiri menerima notis itu dan mengesahkan akan hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.

Pereira yang diiringi tiga pegawai dan anggota polis dengan menaiki dua kereta, dilihat memasuki kediaman Anwar seorang diri, kira-kira jam 12 tengah hari sebelum keluar 15 minit kemudian.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila dikerumuni lebih 30 wartawan dan jurugambar yang menunggu di luar kediaman Anwar sejak jam 8 pagi.

Polis menjalankan siasatan terhadap Anwar selepas Mohd Saiful, 23, membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun lalu mendakwa Penasihat PKR itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Damansara, 26 Jun lalu.

Pada 16 Julai lalu, Anwar ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokan hari dan diarah melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada 18 Ogos ini. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=13997

No comments

Powered by Blogger.