DS Anwar akan menang besar - MB Kedah

Kita sedang tunggu lampu hijau, PAS Kedah akan berikan bantuan.Kita akan beri 'support', kita cukup rapat dengan Penang, sempadan sahaja.Kita bersedia bila-bila masa, kita sedang menunggu. Kita akan kendalikan jentera kita - Ustaz Azizan

Kita sedang tunggu lampu hijau, PAS Kedah akan berikan bantuan.Kita akan beri 'support', kita cukup rapat dengan Penang, sempadan sahaja.Kita bersedia bila-bila masa, kita sedang menunggu. Kita akan kendalikan jentera kita - Ustaz Azizan

MB Kedah yakin DS Anwar akan menang besar

LANGKAWI, 8 Ogos (Hrkh) - PAS Kedah bersedia untuk mengerah seluruh kekuatannya bagi membantu gerakerja Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pertengahan Ogos ini.

Kesediaan itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai menjawab pertanyaan media pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah Langkawi di sini kelmarin.

“Kita sedang tunggu lampu hijau, PAS Kedah akan berikan bantuan,” ujar beliau penuh ceria.

Katanya, jentera PAS Kedah bersedia menerima arahan dari pimpinan parti KeADILan Pulau Pinang terhadap sebarang tugas dan tempat gerakerja serta keperluan yang dikehendaki.

“Kita akan beri ’support’, kita cukup rapat dengan Penang, sempadan sahaja.

“Kita bersedia bila-bila masa, kita sedang menunggu. Kita akan kendalikan jentera kita,” katanya penuh bersemangat.

Ditanya harapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya itu, beliau melahirkan keyakinan Anwar akan menang dengan majoriti yang besar.

“Besar dan lebih besar (dari majoriti sebelum ini),” tegasnya bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi.

http://www.harakahdaily.net

No comments

Powered by Blogger.