Gambar sekitar kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh


Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh (P44) Datuk Ariff Shah Omar Shah menunjukan buku "tiga 555" yang selalu dibawanya untuk menulis masalah rakyat ketika mengadakan sidang media di rumahnya di sini, hari ini. Ariff Shah, 52, yang fasih berbahasa Mandarin dan Hokkien menjadikan beliau mudah didampingi dengan pengundi kaum Cina di kawasan itu. foto BERNAMA.


Datuk Ariff Shah Omar Shah menunjukan kebolehannya membaca akhbar berbahasa Cina selepas mengadakan sidang media di rumahnya di sini, hari ini. Ariff Shah, 52, yang fasih berbahasa Mandarin dan Hokkien menjadikan beliau mudah didampingi dengan pengundi kaum Cina di kawasan itu.


Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ariff Shah Omar Shah yang akan bertanding pada pilihanraya Kecil Pematang Pauh 26 Ogos ini yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Pusat Konvensyen Sunway Carnival semalam. Ariff Shah, 52, ialah Anggota Dewan Undangan Seberang Jaya yang memenangi kerusi tersebut pada pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac Lepas.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya Kecil Pematang Pauh Datuk Ariff Shah Omar Shah selepas majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Sunway Carnival semalam. Turu hadir Pengerusi BN Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kiri) dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.


Mula berkempen: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ceramahnya di Yayasan Aman di Penanti, Permatang Pauh semalam. Foto The star oleh Asri Abdul Ghani.


Anwar meneruskan kempen ceramahnya di Kampung Kota in Permatang Pauh, semalam.


Gaya pemidato, Anwar ketika menyampaikan ceramahnya di Permatang Pauh semalam.


Sokongan moral buat suami tersayang: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah wan Ismail turut hadir bagi menyokong suaminya, Anwar bermpen di Permatang Pauh.

No comments

Powered by Blogger.