Husam Musa Menyeru Semua Jentera PAS Seluruh Negara Bersiap Sedia

Semua jentera PAS dikehendaki membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sana nanti. Kita mahu membuktikan kepada Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat benar-benar telah menolak mereka kerana sikap zalim menindas rakyat - Husam Musa

Semua jentera PAS dikehendaki membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sana nanti. Kita mahu membuktikan kepada Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat benar-benar telah menolak mereka kerana sikap zalim menindas rakyat - Husam Musa

Jentera PAS seluruh negara digesa bersedia

PERMATANG PAUH, 4 Ogos (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa menyeru semua jentera PAS seluruh negara bersiap sedia membantu jentera Pakatan Rakyat di Parlimen P44 Permatang Pauh semasa pilihan raya kecil itu nanti.

Beliau berkata demikian selepas ditemui di majlis ceramah bersama Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim di tapak ekspo, Seberang Jaya semalam.

Menurutnya, Pakatan Rakyat mahukan kemenangan mutlak di situ bagi membawa Dato’ Seri Anwar ke parlimen sekaligus membentuk kerajaan baru di peringkat persekutuan.

“Semua jentera PAS dikehendaki membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sana nanti. Kita mahu membuktikan kepada Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat benar-benar telah menolak mereka kerana sikap zalim menindas rakyat, ” tegasnya.

Pihak Pakatan Rakyat khususnya KeADILan Negeri Pulau Pinang akan memaklumkan dari masa ke semasa perkembangan di mana penempatan mengikut negeri.

Parlimen Permatang Pauh terdapat tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Permatang Pasir yang kini dikuasai PAS, Penanti KeADILan manakala Dun Seberang Jaya masih dalam gengaman Umno-BN.

Semalam bertempat di Pejabat KeADILan Negeri di Bandar Sunway, Seberang Jaya semua parti dalam Pakatan Rakyat mengatakan penyatuan tugasan di samping memperkemaskan jentera masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil itu kelak.

http://www.harakahdaily.net

No comments

Powered by Blogger.