Khalid Ibrahim akan menemui pelajar UITM
MB S'gor mahu temui pelajar UiTM
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan wakil pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung saranannya supaya pusat pengajian tinggi itu turut dibuka kepada bukan bumiputera.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan para pelajar UiTM yang berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi ini untuk menyerah memorandum kepada Khalid sebagai membantah syor tersebut.
Kumpulan pelajar tersebut mula berkumpul sejak jam 7.30 pagi tadi tetapi dimaklumkan bahawa menteri besar tiada dipejabat.
Mereka kemudiannya menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil pejabat menteri besar Hasril Abu Hassan.
Menurut Abdul Khalid lagi, pelajar berkenaan mungkin belum faham sepenuhnya saranan yang dikemukakan oleh beliau itu.
Oleh itu, katanya, beliau ingin berjumpa dan mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan wakil pelajar UiTM untuk kebaikan bersama.
Katanya, beliau serta para exco kerajaan negeri bersedia untuk menghadapi perbincangan dengan wakil pelajar UiTM itu.
Berkongsi pengalaman
Menteri besar berkata perbincangan tersebut dijangka diadakan selepas pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hujung bulan ini.
Abdul Khalid juga berkata, beliau percaya universiti telah semakin terbuka dan beliau berharap dapat bertemu pelajar bagi berkongsi pengalaman tentang pengurusan negeri tersebut.
Beliau juga diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau (Khalid) tidak berhak membuat saranan seumpama itu.
"Memang saya tidak ada hak. Saya rasa Pak Lah pun sama juga," katanya.
Sebaliknya, tambah Abdul Khalid lagi, beliau cuma memberi pandangan dan "kalau tak diterima tak apa..."
Bagaimanapun, menteri besar menegaskan bahawa beliau ikhlas dalam membuat saranan tersebut.
"Tetapi dalam pandangan saya, lebih baik terima sebab kita sekarang berada dalam suasana global dan antarabangsa," tambahnya.
Semalam Menteri Besar Selangor dilaporkan mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing.
Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.
Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.
Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.
www.malaysiakini.com

1 comment
Semalam aku ke kedai kopi bersama sama rakan ku yang seorang pucuk pimpinan PAS negeri yang aku diami.
Di kedai kopi (restoran) tersebut kami duduk semeja dengan beberapa pakcik (hardcore UMNO).
Dalam duk sembang isu tempatan , berita Bernama di TV menayangkan Demo Bantahan Cadangan (suggestion) MB Selangor tentang UITM. Beberapa student diteruramah.
Antara isi teruramah
Bla bla bla , dam dim dam , bla bla bla , dum dim dem , UITM benteng terakhir melayu . Bla bla bla , MRSM , Biasiswa dan bla bla non bumi sudah boleh masuk.
Pengkhianat Bangsa , bla bla
*Dalam hati aku teringat KJ kata orang berdemo ni beruk jalanan.
Anyhow nak jadi cerita one of the pakcik tu kata "tengok tu baru memerintah negeri dah mengkhianat negara, Camni nak jadi pemerintah , habis melayu tergadai"
Aku terdiam , aku lihat muka member aku , dia angguk (bagi signal) , so aku angguk balik.
Aku tanya pakcik tu , "apa maksud benteng terakhir"
Dia jawab " tu la ko ni tak ikut perkembangan semasa , benteng terakhir yakni UITM tulah yang tinggal utk melayu"
Aku tanya balik " habis mana pi benteng benteng lain"
Member aku (pucuk pinpinan PAS) mencelah " la ko ni "bengap" betul , benteng lain semua dah pecah cam bebudak UITM tu kata , semua gara gara BN , Kan BN pemerintah Malaysia sejak 50 tahun dahulu"
Semua terdiam.
Aku senyum , member aku senyum , kami dua saling angguk mengangguk.
P/s - nasihat aku kat adik adik aku kat UITM , depa bagi duit suruh demo , ambil aja , abang sebagai pembayar cukai , redha duit kami tersebut utk adik adik. Bukan apa kami faham klu adik adik tak ikut arahan mereka , susah nanti. Cuma time klu dah boleh mengundi , undilah ikut akal .
Post a Comment