kita Menyokong Anwar Bukan Kerana Batang Tubuhnya,Tetapi Kerana Kejujurannya

Malaysia's leading opposition figure Anwar Ibrahim (L) and leader of Parti Islam se-Malaysia (PAS) Haron Din arrive for PAS 54th annual conference in Ipoh, 200 km (125 miles) north of Kuala Lumpur, August 15, 2008.

Malaysia's leading opposition figure Anwar Ibrahim (L) and leader of Parti Islam se-Malaysia (PAS) Haron Din arrive for PAS 54th annual conference in Ipoh, 200 km (125 miles) north of Kuala Lumpur, August 15, 2008.

Keikhlasan Perjuangan DS Anwar

Kepada petugas pilihan raya Pakatan Rakyat, bertugaslah dengan penuh komitmen dan bijaksana. Bertindaklah secara profesional. Kalian nampaknya akan menghadapi Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka @ seorang pemimpin UMNO yang paling tak senonoh dan sanggup berbuat apa sahaja demi menjamin kemenangan pihaknya.

Ingatlah, kita menyokong Anwar Ibrahim bukan kerana batang tubuhnya bernama Anwar Ibrahim. Kita sokong Anwar Ibrahim bukan kerana kita fanatik kepadanya. Kita masih waras. Bahkan kita tidak sebodoh seperti yang disangka oleh mereka yang anti Anwar Ibrahim.

Tapi kita tertarik kepada hujah Anwar Ibrahim semasa debat yang lalu. Berdasarkan gaya pengucapan dan hujah beliau itu, kita yakin Anwar Ibrahim dapat mewakili suara hati kita. Bahkan kita percaya beliau ikhlas. Jika tidak, sudah tentu beliau telah pun menjadi Perdana Menteri Kerajaan BN pada hari ini.

Tapi beliau memilih untuk menyanggah Mahathir. Hasilnya, beliau telah merengkok dalam penjara selama beberapa tahun, untuk kali kedua. Pada hal beliau boleh memilih jalan mudah dengan menjadi pak turut dan sentiasa mengampu, jika nak menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Mahathir.

Saya telah mengikuti perjuangan Anwar Ibrahim sejak tahun 1970-an lagi, iaitu ketika beliau masih menjadi pemimpin pelajar. Maaf saya katakan, setakat ini belum ada seorang pemimpin Melayu selepas era kemerdekaan yang mempunyai kecekalan seperti Anwar Ibrahim.

Beliau bukan sahaja pernah berada di pihak pembangkang pada era tahun 1970-an, bahkan pernah berada dalam kerajaan sehingga memegang jawatan timbalan perdana menteri pada era 1980-an dan 1990-an. Kini beliau kembali berada di pihak pembangkang.

Inilah pengalaman unik yang ada pada Anwar Ibrahim. Oleh itu, para petugas Pakatan Rakyat mesti bekerja keras untuk memenangkan Anwar Ibrahim. Semoga kemenangan Anwar Ibrahim akan menjadi manifestasi kemenangan rakyat dan mampu mengubati kekecewaan hati mereka yang telah sekian lama mereka rasai. Sesungguhnya kami menyokong dan mendoakan kejayaan usaha kalian.

No comments

Powered by Blogger.