Lans Koperal yang disiasat kes kehilangan syabu ditembak mati

JOHOR BAHRU: Seorang Lans Koperal yang disiasat kerana kehilangan sejumlah syabu berharga RM1 juta dalam simpanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, ditemui mati dengan kesan tembakan, hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohamad Mokhtar Mohamad Sharif yang mengesahkan kejadian itu akan mengadakan sidang akhbar berkiatan perkembangan terbaru itu, petang ini.

Mangsa yang berusia 40 tahun ditemui mati di sebuah ladang sawit, jam 11 pagi tadi.

Beliau dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak Khamis lalu.

Setakat ini, tiga anggota polis ditahan untuk siasatan berhubung kes itu.

No comments

Powered by Blogger.