MB Perak hormati keputusan Istana

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Mohd Jamaludin berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat pihak Istana Perak berhubung pembatalan kebenaran bagi dua pemimpin utama PAS menyampaikan khutbah Jumaat pada hari ini di bandaraya Ipoh.
Iklan




"Meskipun pada peringkat awal pihak Tuanku Sultan memperkenankannya, dan kini ianya telah berubah saya menghormati pandangan tuanku tersebut,"

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-54, Nizar menegaskan beliau menerima keputusan daripda pihak istana dengan terbuka.

Diminta mengulas mengenai cadangan penubuhan Majlis Menteri Besar negeri-negeri Pakatan Rakyat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan Dasarnya, Bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyambut baik saranan tersebut.

"Bagi saya, ianya sangat perlu dan perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih terperinci lagi," ujarnya.

Penganjuran Muktamar Tahunan PAS Pusat buat pertama kalinya di Ipoh ujarnya membuktikan proses 'engagement' di antara semua rakyat berbilang kaum dan agama di Perak sangat memberangsangkan.

"Ia sekaligus menolak semua tanggapan kuno dan negatif yang ditohmah kepada PAS.

"Pada masa yang sama ia menunjukkan PAS mempunyai ciri-ciri global, selain kehadiran para tetamu luar yang berminat mengikuti sidang muktamar," katanya.

Dalam pada itu, bandaraya Ipoh katanya kini menjadi tumpuan banyak pihak dengan kehadiran pemerhati dari luar dan dalam negara seterusnya meningkatkan publisiti terhadap negeri Perak.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-54 yang diadakan di Ipoh Perak bermula pada 13 Ogos lalu dan akan berakhir pada 17 Ogos akan datang.- (tmj)_

No comments

Powered by Blogger.