Mufti Perlis: Pegang Al Quran masa sumpah salah tapi lafaz sumpah sah

PERLIS: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang Al Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu merupakan kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.

Bagaimanapun menurutnya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, (gambar) bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

"Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang Al Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beberapa pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cara bersumpah itu sambil memegang Al Quran sebagai meniru amalan penganut Kristian yang bersumpah sambil meletakkan tangan atas Bible.

Pada Jumaat lalu Mohd Saiful Bukhari melafazkan sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan yang disaksikan juga bapanya, Azlan Mohd Lazim, yang mendapat liputan meluas media massa.

Katanya, sumpah yang dilakukan itu juga bukan bagi menentukan pihak mana yang betul atau salah tetapi ia sekadar untuk mengelak daripada prasangka atau tuduh menuduh antara kedua-dua pihak.

Ditanya sama ada Mohd Saiful Bukhari perlu mengulangi sumpahnya ekoran ada pihak yang mempertikaikannya, Mufti berusia 36 tahun itu berkata, perkara tersebut tidak perlu dilakukan.

Semalam, Azlan mempertahankan kaedah sumpah yang dilakukan anaknya itu adalah betul setelah mendapat nasihat ulama dan tiada sebab untuk anaknya mengulanginya.

Mengenai sama ada proses mubahalah yang dicetuskan olehnya suatu ketika dahulu itu telah sempurna, Mohd Asri berkata, ia belum sempurna selagi Anwar yang juga calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh belum melakukan perkara yang sama.

Sementara itu, Mufti Perlis dalam blognya "drmaza.com"mengingatkan para calon dan mereka yang terbabit dalam kempen pilihan raya kecil itu supaya berpegang kepada prinsip Islam semasa berkempen.

Beliau yang merupakan salah seorang pengundi kawasan parlimen itu berharap kempen yang dilakukan itu hendaklah bebas daripada rasuah undi, cacimaki, tuduh menuduh tanpa buka, pengunaan bahasa atau isyarat yang kasar dan kesat dan membuka aib tanpa keperluan syarak.

Katanya, masyarakat perlu dididik dalam iklim politik yang harmoni dan penuh kesantunan.

Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

"Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri.

"Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan," tegas Dr Asri.

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

"Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar," katanya lagi.

Tambahnya, "Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti."

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, "Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah." mstar

aku kesian la kat ko beb....sampai ko bersumpah pun orang dok komplen lagi....aku kesian kat ko sekali lagi...dah ngaku punggung ke tututut......cara ko sumpah pun dah gagap......nak sebut pun macam tak yakin....saipollllll........dah la ko nak menipu.....insaf la sebelum tuhan tarik segala dari badan ko.....

No comments

Powered by Blogger.