Najib tak tau harga minyak dah turun

Pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah pada 26hb Ogos 2008. Menurut berita yang tersiar di BERNAMA ... pada tajuk 'Buah Tangan' Untuk Rakyat Pada Bajet 2009, Kata Najib, ...ini kata Timbalan Perdana Menteri korang,

Sehubungan itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berharap rakyat tidak terpengaruh dengan janji pembangkang untuk menurunkan harga minyak sekiranya berjaya memerintah negara.

"Satu dunia mengalami kenaikan harga minyak, jadi tidak logik kalau kita nak turunkan harga minyak dengan menggunakan keuntungan daripada Petronas," katanya.
Di dalam berita tersebut, Najib tidak menyentuh tentang harga minyak yang sudah turun sekarang ini.

Hanya yang di nyatakan adalah Bajet 2009 akan di umumkan pada 29hb, 3 hari selepas pilihanraya. Kalau anda bernasib baik, struktur minyak tempatan akan di kurangkan harga nya dan sekiranya anda tidak bernasib baik, minyak akan kekal seperti sekarang.

AKu rasa .... Pemimpin UMNO tak tau harga minyak global dan turun sejak beberapa minggu lepas. Maklumlah ... terlalu GLOKAL sehingga lupa pasal GLOBAL.

No comments

Powered by Blogger.