Pak Lah Sengaja Permainkan Harga Minyak

Perdana Menteri kata, harga akan diselaras setiap 1 haribulan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 September depan.Cepat-cepat Dia umumkan,Maklumlah dia takut anwar hentam kat Permatang pauh Ni.Sebab tu dia umum awal-awal lagi.Dia tak kirapun betapa susahnya rakyat dengan kenaikan harga minyak sebelum ini,Siap dengan berdmo lagi... Cerdik betul PM kita ni, Maybe dia ingat rakyat bodoh-bodoh belaka.

Perdana Menteri kata, harga akan diselaras setiap 1 haribulan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 September depan.Cepat-cepat Dia umumkan,Maklumlah dia takut anwar hentam kat Permatang pauh Ni.Sebab tu dia umum awal-awal lagi.Dia tak kirapun betapa susahnya rakyat dengan kenaikan harga minyak sebelum ini,Siap dengan berdemo lagi... Cerdik betul PM kita ni, Maybe dia ingat rakyat bodoh-bodoh belaka.

Harga Flip Flop

Fasal minyak lagi. Perdana Menteri kata, harga akan diselaras setiap 1 haribulan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 September depan.

Saya bukan peniaga. Berniaga buluh kasap pernahlah. Katakan anda seorang peniaga. Anda menjual produk yang bukan keperluan paling asasi seperti beras, tepung, gula, minyak dan lain-lain.

Katakanlah anda menjual pasembur (teringat cadangan Husin Lempoyang mengenai nama yang patut diberikan kepada parti yang menggabungkan PAS dan Umno. Husin bertanya, PAS-EMBAR boleh? Macam PAS dan Pekembar? Bunyi macam Pasembor).

Memanglah, harga barangan asas untuk membuat pasembur naik turun ikut harga minyak. Tetapi, adakah anda akan menjual pasembur ikut harga minyak? Bulan ni RM2 sebungkus. Bulan depan RM2.50 sebungkus dan menghadapi pelanggan yang melalak mempersoalkan itu dan ini.

Atau, adakah anda akan menjual pada harga tetap yang tidak akan merugikan anda walaupun minyak berada di paras harga maksima RM2.70 seliter? Saya sebut RM2.70 kerana Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit petrol tidak akan melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini.

Saya bukan ahlil-perniagaan. Tetapi, jika anda ahlil-perniagaan, yang mana pilihan ada dalam menetapkan harga? Ikut sistem flip flop ala Pak Lah Bedawi atau meletakkan harga tetap yang ada safety net atau penampan menghadapi semua keadaan?

Baca juga pandangan Sebol mengenai harga minyak dan kaitannya dengan tambatan nilai wang. Berkaitan: Langkah selaras harga runcit petrol tidak beri manfaat menyeluruh kepada rakyat (Bernama 2/8/08) Kembalikan harga RM1.92 seliter - Pakar (Kosmo! 2/8/08)

http://penarikbeca.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.