PELAJAR UITM JANGAN BERANI DEMO DENGAN MB PAKATAN RAKYAT SAHAJA
Terkejut apabila membaca Utusan On Line hari ini 13/8/2008 yang menyatakan 5000 pelajar UITM demo depan pejabat Menteri Besar. Ini berhubung dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, kerana mencadangkan 10% kouta UITM dibuka kepada bukan bumiputera dan pelajar asing.
Alasannya untuk memberi daya saing di kalangan pelajar bumiputera. Pada saya, isu ini tidak sepatutnya disentuh kerana perkara ini sudah jelas dan telah diterima pakai oleh bukan melayu di negara ini. Sepatutnya perkara 153 hak yang telah dijamin dalam perlembagaan elok tidak perlu disentuh. Ini adalah kontrak social yang sudah lama diterima oleh semua kaum sejak kita medeka.
Kalau boleh kita pertahankan apa yang ada dan perbaiki lagi nilai dan mutu orang Islam di negara ini. Kalau dibangkitkan perkara ini ia akan menambah parah tanggapan orang Islam dan Melayu kepada Pakatan Rakyat. Seolah-olah kita sudah lupa bahawa teras politik di negara ini ialah Melayu Islam.
Selama ini Umno yang telah menjahanamkan ini semua terutama di zaman Tun Dr Mahathir yang memerintah 22 tahun, dan dilanjutkan oleh Datuk Seri Abdullah Badwi.
Sebagai orang yang pernah menjadi pensyarah di UITM daripada tahun 1988-1997, memang missi UITM adalah murni. Dengan semangat bahawa semua pelajar ada potensi untuk dibangun dan dimajukan. Dulu ITM sekarang UITM yang dianggap IPTA kelas tiga, namun sekarang ia berada setanding dengan IPTA yang lain. Satu ketika dahulu pelajar yang gagal mendapat tempat di IPTA lain kerana pencapaian SPM yang rendah telah berjaya dibangun dan akhirnya ada yang menjadi professor dan ahli koperat yang berjaya.
Saya mengharapkan pelajar UITM mengembalikan zaman kegemilangan sebagai gerakan pelajar yang lantang dalam siri demo seperti zaman Saudara Mohd Sabu, Dato’ Ibrahim Ali, Anuar Tahir untuk menentang golongan penindas di negara ini dan membela mereka yang tertindas.
Tetapi semenjak dua menjak gerakan pelajar, UITM berada di bawa paras beku terutama zaman regim Profesor Dr Ibrahim Abu Shah. Perjalanan pilihanraya kampus yang tidak demokrasi, pergerakan kakitangan dipantau dan ditukar ke Sabah dan Sarawak kalau di dapati anti Umno.
Walau bagaimanapun tahniahlah pelajar UITM yang baru keluar daripada kubur dan gua kahfi untuk demo.
Lain kali bukan sahaja atas isu ini, banyak lagi isu yang mencarit perkara 153 mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Contohnya isu penggunaan bahasa Inggeris dalam metematik dan sains, penghapusan biasiswa, menarik balik bantuan perkapita sekolah agama rakyat, tanah simpanan Melayu yang bertukar status bebas.
Semuanya isu yang telah dikhianati oleh Umno/BN iaitu parti yang menjadi dokongan Ibrahim Abdu Shah dan pensyarah-pensyarah Umno kamu. Kalau kamu mahasiswa jantan teruskan agenda kamu sebagai pembela agama dan bangsa, tetapi bukan sahaja dengan MB Pakatan rakyat sebaliknya dengan penguasa yang lebih besar kuasanya di Putera Jaya yang mengkhianat amanah agama dan bangsa.
http://idrisahmad.wordpress.com/2008/08/13/pelajar-uitm-jangan-berani-demo-dengan-mb-pakatan-rakyat-sahaja/
No comments
Post a Comment