Penulis blog cuba menghasut orang awam benci polis: Musa

KUALA LUMPUR: Tindakan penulis blog 'Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya adalah cubaan menghasut orang ramai membenci polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata perbuatan itu satu penghinaan kepada pasukan polis.

"Jadi polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan seperti ini," katanya di sini, hari ini.

Abu Bakar, 50, ditahan polis malam semalam berikutan artikelnya berkaitan dengan polis dan Musa.

Beliau ditahan jam 10 malam di rumahnya di Taman Koperasi Polis, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948.

Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo PDRM yang diubahsuai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan “Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina.”

rakyat bukan benci kepada polis....tapi benci kepada individu yang pegang polis....nama polis hanya pasukan sahaja...tarak faham??

No comments

Powered by Blogger.