PM terkejut keputusan Rafidah


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dengan keputusan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz mahu melepaskan jawatannya pada pertengahan tahun 2009.

Abdullah berkata, beliau menerima keputusan tersebut dan telah mendapatkan persetujuan daripada Naib Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini untuk tidak bertanding melawan Rafidah pada pemilihan hujung tahun ini.

Sementara itu, Rafidah pada sidang akhbar selepas Majlis Wanita Bersama Pemimpin berkata, beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Shahrizat dan berharap tiada pihak yang cuba merebut dua jawatan tertinggi pergerakan itu pada pemilihan akan datang. - Utusan

No comments

Powered by Blogger.