SALAM PERJUANGAN BUAT TEMAN DI PERMATANG PAUH

Assalamualaikum,,..

Selawat dan Salam ke atas Junjunga,,..


Permatang Pauh bakal bergema dengan tempik sorak para pejuang berdepan dengan musuh yang semakin angkuh,sombong dan hilang arah.Sekali lagi dalam tempoh kurang dari 6 bulan para pejuang PR dikerah untuk bersengkang mata semata mata untuk satu tujuan,perubahan.Inilah masanya,inilah ketikanya.



Peluang yang ada mesti dimenafaatkan sebaik mungkin.Kepada bakal pejuang di Permatang Pauh,terimalah salam perjuangan dari ana.

Selepas Pilihanraya kecil ijok dulu,media perdana memaparkan berita utama yang cukup sensasi "rakyat tolak ANWAR".Satu gambaran yang cuba diberi oleh media perdana bahawa DSAI sudah hilang pengaruh,sudah tidak mampu bangkit dari "sepakan maut" 1998.Tetapi pada PRU 13 lalu,dalam situasi tidak seimbang dan masih dalam "edah"DSAI berjaya memacukan PR yang ketika itu masih dikenali sebagai BR(Barisan Rakyat) menawan 5 negeri(campur satu) dan 82 kerusi parlimen.

Tetapi kali ini media perdana tidak pula menjadikan tajuk utamanya berbunyi "rakyat terima semula ANWAR"atau ANWAR masih releven".Itulah yang terjadi dan dilihat oleh semua rakyat.Namun Pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini akan menyaksikan serangan bertali arus oleh media perdana untuk dihadapi oleh pejuang Permatang Pauh.Sesungguhnya perjuangan kali ini cukup istimewa.Perjuangan kali ini ialah untuk menghantar DSAI ke parlimen sebagai salah satu langkah dalam pelan tindakan mengambil alih putrajaya.Musuh cukup menyedari perkara ini dan tidak akan memberi laluan mudah.Untuk itu para pejuang Permatang Pauh pasti melalui satu perjalanan yang getir.Pada yang jauh,panjatkan doa kepada pejuangan kebenaran ini agar segalanya dipermudahkan ALLAH.

Menyedari hakikat ini tidak bermakna kita berputus asa.Ingat pertandingan dalam Pilihanaraya ini bukan pertandingan tomoy atau gusti di mana siapa kuat akan memang.PRU 13 telah membuktikan bahawa wang ringgit dan pangkat darjat bukan pengukur kejayaan.PR tidak menang dengan wang ringgit serta pangkat darjat tetapi PR menang dengan keikhlasan dan kesungguhan pejuangan yang memperjuangkan kebenaran.Kekalkan semangat dan matlamat ini wahai pejuang Permatang Pauh dan insya Allah,ALLAH akan bersama kalian.

PRU 13 dilangsungkan ketika harga minyak RM1.92 seliter berbanding Pilihanraya kecil kali ini sebanyak RM2.78 seliter.Anggaplah ini satu kelebihan kepada pejuang semua.Namun tidak bermakna kita over confident,sekadar pembakar semangat dan sebagai hujah yang kuat kepada pengundi Permatang Pauh,betapa mereka mesti memenangkan DSAI.

Tak kira siapa lawan DSAI nanti,fokus kita wahai para pejuang sekelian ialah berusaha sedaya mampu untuk memenangkan DSAI.Barangkali para pejuang sekelian bakal berdepan dengan banyak provokasi dan barangkali juga terpaksa bertahan seperti pejuang MARANG ketika menghantar Tok Guru ke parlimen.Barangkali ada pejuang yang akan pecah kepala seperti anak Tok Guru tetapi undur jangan sekali.Ingat slogan lawan tetap lawan.lawan demi maruah,lawan untuk berubah.

Biar apa berlaku,SALAM PERJUANGAN DARI ANA YANG JAUH dengan iringan doa semuga kemenangan yang diharapkan dimakbulkan ALLAH.
Takbir......."

No comments

Powered by Blogger.