Undilah DS Anwar Ibrahim

Undilah DS Anwar Ibrahim

Undilah DS Anwar Ibrahim

Ariff Shah vs Anwar Ibrahim

Sama padan sama hebat, sorang kurus dan sorang terlebih sihat. Sorang panjang sorang pendek. Alhamdullilah, dua-dua Allah bagi cukup sifat, tak de cacat celanya. Kedua-dua ada laman web sendiri. Ariff Shah sini [link] yang Anwar Ibrahim punya sini [link]. Bahang kempen sudah bermula, dari aspek Information Technology, PKR telah kehadapan..laman web untuk kempen Parti Keadilan Rakyat kat sini [link], yang UMno punya baru gear satu. Ikut cakap Dr Novandri akan rasmi kemudian, bila tak tau. Tak caya baca sini [link].

Gambar calon-calon kat sini;

Calon Pilihan Anda

Calon Pilihan Anda

Atas ni, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gambaq bawah ni, YB. Datuk Arif Shah Bin Haji Omar Shah (DMSM, PJK)…siap bagi tau anugerah lagi. Anwar Ibrahim tak payah bagi tau pangkat dan anugerah satu malam belum tentu habis nak tulis riwayat hidup dia.

Bukan Pilihan Anda

Bukan Pilihan Anda

Sapa-sapa yang tak kenai, nak kena penampak kat dahi. Tak yah ngundi pi balik suruh bini urut belakang. Ada paham !

Bagi pengundi yang nak semak nama dia ada atau tidak klik kat [sini]. Orang Permatang Pauh je, yang lain jangan menyebok. Hangpa susun siap-siap jadual nak gi kempen dan dengaq ceramah. Lupa lak !! Pengundi hantu tidak dibenarkan. Operasi pengusiran sedang hebat dijalankan oleh anggota polis dan RELA. Tak caya hang pa no cakap ana. Baca kat [sini] dan [sini]. Baik pergi sembunyi kat dalam hutan. Habis ngundi nanti baru mai semula.

Tak lupa juga pesanan Tok Rashit kita kat [sini]. Hangpa kenai ke Tok ni, kalau tak kenai…moh tengok poster ni…he..he..he

ha kenai ke tak !! tak kenai buang daerah le kamu..pi pulak kat polis..Musa Aman tak dapat, eh silap lak Musa Aman, Ketua Menteri Sabah tempat aku keja ni..Musa Hassan dengaq cita tak dapat join jaga kempen coz dia la ni sakit..tak caya link kat [sini] tapi dok sakit tu dia tinggal pesan. Semua yang berkempen kena baca kat [sini]. Wajib tau hang pa langgaq arahan dia, hang pa tanggung sendiri. Padan muka hang pa…1000 lebih polis datang ni…cayalah

Tapi satu je yang hang pa susah nak caya, Pak Lah dan Tuan Guru akan datang kempen kat sini..depa dah janji nak pakai apa…hang pa tau ke. Mai sini aku nak habaq..hangpa tengok gambaq kat bawah ni..cayalah…

.

Terus terang ana cakap memang rindu la kalau depa dapat berdua macam ni..berdua bersama tak silap waktu Pak Lah datang rasmi majlis ECER kat Kelantan dulu..hang pa nak komen sila kan.

Ana sekarang keja kat Kota Kinabalu, negeri yang banyak bayu angin tiup, kok sedih ni bah tak dapat join kempen di Permatang Pauh.

Tensionnyer !!!!!!!!!!!!!!!itu sebab ana buat banyak link kot-kot hang pa simpati kat ana sini boleh la bagi tambang flight free ha ha ha..apa-apa pun jangan boikot ni, mampuih ana tak tau satu berita pun..akhir kalam, selamat berkempen dan selamat mengundi.

http://nekadislam.blogspot.com

1 comment

Anonymous said...

http://www.geocities.com/freedom_malaysia/50Dalil.html

Powered by Blogger.