dengar cerita kat perak laungan 'takbir' tak boleh dilaung tempat terbuka?

Penyokong parti tak wajar laung takbir sewenang-wenang


IPOH: Parti politik sepatutnya mengelak daripada menggunakan ayat al-Quran untuk kepentingan mereka termasuk ketika berceramah mengenai perubahan pentadbiran kerajaan negeri atau menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Menteri Besar, Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz, berkata penyokong parti politik juga tidak wajar melaungkan takbir sewenang-wenangnya kerana takbir dikhususkan sebagai tanda kebesaran Allah.

Beliau berkata, ayat al-Quran atau takbir adalah kalimah tinggi dan patut digunakan secara berhati-hati.


“Ayat al-Quran atau takbir tidak wajar digunakan sebagai benteng politik untuk menyampaikan maksud bagi kepentingan parti.

“Ini adalah kalimah tinggi yang patut digunakan secara berhati-hati,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan mendengar taklimat Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Jaip, Datuk Sheikh Mohd Nor Mansor Al-Hafiz.


satu pembaharuan yang baik sejak mb haram ganti kahkahkahkah...

jahanam perak kali ni

1 comment

darkmal said...

Najmuddin Elias mai dari universiti mana ni? Nak membesarkan Allah pun kena secara berhati hati, apa nak kena toleh kiri kanan dulu ka bila nak sebut? wakakaa.....

Powered by Blogger.