Perkembangan Isu Elizabeth Wong - Malaysiakini


YB. Zuraida Kamaruddin: Polis telah mengenal pasti dalang disebalik pengedaran gambar bogel Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, polis akan merekodkan kenyataan daripada lelaki itu dan siasatan awal menunjukkan suspek memiliki beberapa keping gambar bogel ahli politik berumur 37 tahun itu.

Sementara itu, bekas MB Selangor, Khir Toyo menanggung di air keruh apabila menuduh exco berkenaan hilang kredibilitinya dengan isu berkenaan dan meminta exco berkenaan meletakkan jawatannya serta merta. Banyak pihak merasakan bahawa kenyataan Khir Toyo berkenaan sebagai calon Ketua Pemuda UMNO yang desperado - mengambil apa juga kesempatan untuk kepetingan dirinya tanpa mengkaji latarbelakang isu yang sebenar.

Selain itu buat makluman semua penyokong dan pendokong parti, sila hadir ke Pejabat Parti KeADILan Rakyat pada jam 10.30 pagi Selasa bersamaan 17 February 2008 di Pejabat Parti Keadilan Rakyat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya bagi menyatakan sokongan dan memberi dorongan kepada Elizabeth Wong. (link)

No comments

Powered by Blogger.