Pembalasan Kepada siZalim


Nabi s.a.w.: Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain) ; seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (hari kiamat). Sekiranya baginya amalan soleh maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tidak ada baginya kejahatan, maka akan diambil kejahatan orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya (riwayat al-Bukhari).

Dari Anas radhiallahu anhu berkata: Rasulullah saw bersabda, "Tolonglah saudaramu yang zhalim atau yang terzhalimi." Maka seseorang bertanya, "Wahai Rasulullah, menolong (seseorang) apabila dizhalimi (telah kami ketahui), namun bagaimana cara menolong orang yang berbuat zhalim?" Beliau menjawab, "Tahanlah ia atau laranglah ia dari kezhalimannya, maka yang demikian itu adalah pertolongan untuknya." (Hadits riwayat Bukhari di dalam kitab Shahihnya no. 2312).

Daripada Abu Musa al-'Asy'ari, Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah menangguhkan azab terhadap orang yang zalim, sehinggalah apabila Allah mengazabnya, ia tidak dapat lepaskan diri."
(Riwayat al-Bukhari) Martabat hadith: Sahih Dalam hadith ini Nabi s.a.w. memberi satu peringatan keras kepada kita tentang nasib orang yang melakukan kezaliman.

Kezaliman ini dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian; pada orang lain dan pada diri sendiri.
Orang yang sengaja melakukan kezaliman, samaada secara tersembunyi atau nyata, maka persiapkanlah diri dengan azab Allah s.w.t. di hari akhirat.

Jangan sekali kita anggap melakukan kezaliman ini satu perkara remeh atau boleh diperlekehkan. Jangan kita rasa kita terlepas dan terselamat dari balasan di dunia kerana balasan di akhirat senantiasa menanti orang2 yang zalim.
Dari itu, hindarkanlah diri kita dari perkara yang boleh membawa kita kearah kezaliman atau kekejaman di dunia ini kerana sebagai muslim tujuan kita bukan untuk dunia semata.

Segala yang kita kerjakan di dunia ini akan memdapat ganjaran yang baik atau balasan yang buruk. Tidak ada satu perkara pun yang akan terlepas dari perhitungan Allah s.w.t. yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

No comments

Powered by Blogger.