Mufti Perak dan isu semasa
Peristiwa demi peristiwa ( Sejak sebelum merdeka ) kita dengar dan kita melihat senario politik tanah air khasnya , membuatkan saya berfikir dan terfikir: “ Sampai bilakah kita akan dihanyutkan oleh ahli-ahi politik yang murahan itu terus-menerus menzalimi rakyat dibumi bertuah ini “ Apakah, cetusan ini lahir akibat tekanan demi tekanan yang dihadapi , natijah daripada “kebiadaban “ politik yang dimainkan oleh kebanyakan ahli-ahli politik khasnya dikalangan bangsa kita Melayu .
Oleh kerana disebabkan kebiadapan yang bermaharaja-lela yang dilakukan oleh mereka , ahli-ahli politik yang masih tidak segan-silu mengaku sebagai pembela Agama dan Bangsa.
Kesabaran itu memang baik dan dituntut akan tetapi ketika nasib umat Islam khasnya , dan nasib umat manusia Melayu ini telah dinodai , maka di ketika ini sabar sudah tidak bererti lagi !!!.
Di dalam waktu yang sama, Malaysia digemparkan dengan isu Perak. Bagi umat Islam mereka menjadi semakin terkejut dan terkujat-kujat mendengar fatwa dari mufti Perak yang mengatakan wajib mentaati Sultan dan keputusannya di dalam apa perkara sekali pun. Mufti yang selama ini dipuja oleh para pak lebai kerana suara lantangnya menghentam Sure heboh, kongsi raya dan juga keberaniannya mengisytiharkan angka 40,000 orang telah murtad di Perak walaupun tanpa fakta dan bukti yang jelas, kini telah mengecewayakn puluhan ribu para peminatnya. ramai di kalangan kaki takbir telah menjadi termanggu-manggu dan kehilangan semangat dengan fatwa berkenaan...keliru tentang arah politik mereka.
Mengimbau hal ini, kita teringatkan kisah al-Izz bin Abdul Salaam dan keberaniannya... Mungkin kerana di waktu itu institusi agama menjadi sektor ketiga dan bukannya di bawah telunjuk pemerintah. Institusi agama sekali lagi memerlukan kemerdekaan, menjadi suara masyarakat sivil dan juga kuasa keempat di dalam negara majoriti Muslim demi mengembalikan kegemilangan para ulama.
Hang Tuah pun akhirnya duduk tersandar di tiang seri...
Akukah yang salah.... ?Jebatkah yang benar....?
http://pas123.blogspot.com/
No comments
Post a Comment