10 MP pas tampil bersama tok guru nik aziz!

epuluh ahli parlimen PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini - mengisytiharkan beramai-ramai penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media di lobi Parlimen.

Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut:

Dr Hatta Ramli (Kuala Krai),
Khalid Samad (Shah Alam),
Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),
Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat),
Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),
Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),
Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan
Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Mesyuarat ukhuwah

Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

PENDIRIAN DEWAN MUSLIMAT DAN MP MUSLIMAT PAS

Sementara itu Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS telah sebulat suara menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

"Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS," katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Malah Dr Mariah berkata, Muslimat menyeru kepada semua pimpinan PAS supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama.

Dalam keadaan sekarang katanya, ahli-ahli PAS diminta terus bermunajat kepada Allah S.W.T. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepad pemimpin-pemimpin PAS.

"Berilah sedikit masa kepada pimpinan untuk berbincang dan mencapai keputusan terbaik dan kata sepakat yang berhikmah untuk PAS menangani fitnah dan mehnah yang dihadapai sekarang," katanya.

Ujarnya, PAS sebagai parti yang sudah berusia 55 tahun dan sering berhadapan pelbagai cabaran politik memounyai pengalaman yang luas untuk menangani cabaran.

Beliau berkata, seharusnya pemimpin dan ahli melatakkan wala' dan thiqah (kesetian dan kepercayaan) kepada pejuangan jamaah.

Semua keputusan yang menyentuh dasar dan polisi yang diambil oleh pimpinan wajib berpaksikan kepada keputusan muktamar (yang merupakan kuasa membuat keputusan tertinggi dalam PAS).


Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.






No comments

Powered by Blogger.