26 jun..tok guru umum calon manek urai!!

bypass308.blogspot.com


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengumumkan nama calon Pas yang akan bertanding di Manik Urai pada 26 Jun ini.

Pas pada peringkat ini sudah mendapat senarai pendek 5 nama yang sesuai berdasarkan 11 nama sebelum ini.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Datuk Takiyuddin Hassan, dalam satu kenyataan kepada pemberita di sini hari ini, berkata pemilihan nama calon yang sesuai berjalan lancar.

"Dari 11 nama yang kita pilih pada awalnya, kita telah tapis kepada 5 nama sekarang. Lepas ini kita akan pilih 3 daripada senarai tersebut untuk dikemukakan kepada Pas Pusat.

"Siapa yang bakal menjadi calon nanti bakal diputuskan oleh Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan beliau sendiri dijangka mengumumkan nama tersebut pada 26 Jun nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani MoU antara Alam Daya Maju dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandara Raya Islam bagi membangunkan projek pembinaan pusat komersil di tapak bengkel majlis tersebut membabitkan pelaburan RM100 juta.

Takiyuddin yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, yakin Pas mampu melakukan catatan jumlah majoriti lebih tinggi kali ini memandangkan kira-kira 60% pengundi kawasan tersebut menyokong Pas.

"Walaupun yakin, tapi kita bolek boleh ambil mudah, Pas masih giat berusaha mendekati hati pengundi. Kita akan menang semula DUN Manik Urai," katanya.

No comments

Powered by Blogger.