Antara Mat Sabu, Husam dan Nasar


Nasar ni aku tak pernah jumpa dan tak kenal langsung. Persepsi terhadapnya 100% diperangaruhi oleh media.

Begitulah juga persepsi aku terhadap Najib!

Media on-line dan blog2 nyata mempunyai tanggapan nagatif terhadap Nasar. Namun MSM sangat bersimpati dan banyak memberikan ruang dan peluang untuk Nasar berkempen.

Mengapa pula MSM beriya-iya menaikkan si Nasar ni menimbulkan banyak tanda tanya. Aku pun tak tahu apa sebabnya.

Husam pula terlintas dalam radar pemikiran aku apabila membaca blognya tentang kekecuhan Alak, penyanyi utama Punk Rock Carborator Dung, yang menunjukkan punggung ketika membuat persembahan dalam protes kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya.

Terkejut juga aku apabila membaca tulisan seorang pemimpin tinggi PAS, Husam ini, yang tidak mengutuk, tetapi sebaliknya memahami dan cuba memberitahu pembaca tentang apa dia Punk Rock itu.

Ketika tempuh kempen PRK Bkt Gantang, aku dan Rahmat pergi ke sana bertugas sebagai pemantau pilihanraya untuk NIEI (badan NGO bebas - pemantau praya). Pada satu hari kami berundur dari Bkt Gantang untuk makan tengah hari di Kuala Kangsar.

Jadi kami pilih sebuah restoran ikan bakar di tepi sungai Perak dalam pekan K. Kangsar. Kami pesan ikan tenggalan bakar.

Sedap manis ikan segar itu.

Ketika sedang asyik enak makan, seorang yang dark, tall and handsome datang ke meja kami. Kami bersalaman ala kadar, maklumlah tangan berlumur dengan kuah nasi.

Dia bersembang-sembang dengan Rahmat. Aku teruslah juga makan - aku tak kenal dia pun, Rahmat pun tak memperkenalkan kami.

Setelah si gentleman ni beredar, baru Rahmat beritahu aku bahawa dia tu Husam.

Aku kesal juga Rahmat tak beritahu aku dan memperkenalkan kami. Kerana malam sebelumnya aku ada baca majalah dari Kelantan tentang usaha Husam dalam industri pertanian, khususnya penanaman dan penghasilan pokok gaharu.

Aku adalah sedikit tanah dua-tiga kangkang kera pesaka dari bapa dan emak aku. Sekarang ini tanah terbiar aje, jadi kot2 bolehlah diusahakan entah2 dengan tanaman gaharu. Husam tentu lebih mengetahui, dan bolehlah aku sembang2 mengenainya.

Dipendekkan cerita, apabila selesai makan dan minum, dan ketika aku nak bayar bil, pengusaha restoran tu kata dah dibayar.

Dibelanja oleh Husam.

Tetapi dia dah beredar. Tak sempat kami mengucapkan terima kasih.

Janganlah risau dan kecoh pulak, aku dan Rahmat ni bukannya ahli PAS dan tak ada undi atau hak untuk berkempen.

Jesteru tak timbul politik wang! Melainkan bagi orang2 yang sesungguhnya bodoh dan berhati jahat.

Dalam PRK Penanti pula, selepas penamaan calon di Pusat Belia Negara, aku dan Alfian bersantai minum kopi di sebuah warong.

Ketika aku sedang mendraf kenyataan akhbar NIEI tentang perjalanan pencalonan pagi itu, tiba2 sampai Mat Sabu.

Dia datang dengan ADUN Bkt Selambau, S. Manikumar, dan duduk di meja sebelahan dengan meja aku. Dia tak cam aku, tapi aku camlah dia.




Dah lama aku dan Mat Sabu ni tak berjumpa. Semenjak aku keluar dari Kemunting, tahun 1990!

Jadi aku pergilah ke meja dia dan aku sebutkan namaku. Terperanjat Mat Sabu dan terus dia memeluk aku. Masih mesra lagi dia, sepertimana mesranya dia ketika sama2 kami di Kemunting.

Mat Sabu ni di Kemunting terkenal sebagai pakar masak sup kaki kerbau. Memang sedap beb! Aku jamin kalau dia buka restoran dan francise, kalah KFC. Serius!

Mat Sabu ni, dari dulu lagi aku dapati mesra orangnya. Senang bergaul dengan orang ramai, tak kira kaum, bangsa atau agama.

Kalau di Kemunting, dia tu berkawan karib dengan Lim Guan Ng. Sedang dia ni PAS, Lim Guan Ng ni DAP - masa tu PAS-DAP ni berseteru.

Dan pada hari aku jumpa dia di Penanti pula, aku perhatikan seorang keturunan India ini pula, S. Manikumar nampaknya begitu senang dan rapat dengan Mat Sabu.

Husam dan Mat Sabu ni mesra rakyat nampaknya. Si Nasar tu aku tak tahulah.

Kalau kedua-dua ni kalah dan tersingkir dari kepimpinan PAS, rugilah PAS.

http://uknowsanasini.blogspot.com/2009/06/antara-mat-sabu-husam-dan-nasar.html

No comments

Powered by Blogger.