Hentikan Polimek Kerajaan Perpaduan, Beri Tumpuan Manek Urai
Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menggesa semua pihak untuk menghentikan polemik mengenai cadangan diadakan rundingan antara PAS-UMNO, mahupun saranan penubuhan kerajaan perpaduan Barisan Nasional-Pakatan Rakyat. Mustafa sebaliknya mahu semua pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat memberi tumpuan memastikan gagasan itu mengekalkan kerusi DUN Manek Urai pada pilihanraya kecil bulan depan dengan majoriti menyakinkan.
Idea penubuhan kerajaan perpaduan BN-PR dilontar oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjadi antara isu yang hangat dibahaskan pada muktamar parti itu di Shah Alam minggu lalu.Datuk Mustafa berkata PAS tidak mencari sebarang kerjasama politik dengan UMNO, malah mempersiapkan diri untuk menghadapi tonggak Barisan Nasional itu pada pilihanraya kecil Manik Urai 14 Julai ini.Mustafa berkata Abdul Hadi telah melontar ideanya itu pada Jawatankuasa Kerja Pusat tetapi cadangan mengenai kerajaan perpaduan itu tidak dibincangkan secara terperinci atau diangkat sebagai agenda rasmi parti PAS.
Idea itu masih wujud tetapi hanya “sebagai satu konsep,” kata Mustafa.Mustafa berkata PAS tetap komited untuk memperkasakan Pakatan Rakyat dan menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan UMNO. Beliau berkata cadangan Abdul Hadi hanyalah untuk diadakan muqabalah dan “kami akan terus mengadakan muqabalah dengan semua pihak,” tambah Mustafa./TV Antara
No comments
Post a Comment