Awang Selamat rasis
Muhyiddin tegur Utusan
Rahmah Ghazali Jun 2, 09 7:00pm
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman.
Beliau mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat.
Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas.
Walaupun tidak mengikuti tulisan itu, kata Muhyiddin, beliau mengingatkan akhbar berkenaan supaya menghormati kaum lain di negara ini.
"Mereka yang diberi kewarganegaraan adalah rakyat Malaysia, tak kira mereka Melayu, Cina atau India," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, turut mengingatkan akhbar-akhbar lain agar memahami perkara tersebut pada masa akan datang.
Kata Muhyiddin, nasihatnya itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan soal kesatuan di kalangan rakyat Malaysia.
"Itu (konsep 1Malaysia) sangat penting sebab kita tidak mahu mewujudkan sebarang ketidakpuasan hati di kalangan kita.
"Kita berada dalam keamanan sejak 52 tahun lalu, dan kita telah membina hubungan baik dan kita seharusnya menyambung dan menghormatinya," katanya.
Semalam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim membidas artikel yang disiarkan dalam utusan Malaysia itu dan menyifatkannya mempunyai unsur perkauman.
KOMEN:
Gagasan 1Malaysia cetusan dan wawasan PM seperti dipermain-mainkan oleh Awang Selamat. Walau apa juga penjelasan di dalam Mingguan Malaysia 7/6/2009 konon menegak di atas hujah sejarah sebenarnya Awang Selamat membuka lebih luas lagi pekong di dadanya.
Awang Selamat menyanyikan komentarnya seperti lagu yang dinyanyikan pada tahun 1992, 26 Januari. Pada masa itu di atas tajuk "Ekstremisme Melayu dikutuk tetapi ekstremisme China dipupuk".
Sejauh mana hujah Awang Selamat masih relevan perlu dikaji. Awang Selamat seharusnya bertindak bijak macam Datuk Wong Chun Wai dari The Star.
sumber

No comments
Post a Comment