Zahid - bodek naik asap. Isteri lancar buku suami
(Utusan Malaysia 10/6/2009)
Tiga sifat terpuji Najib
KUALA LUMPUR 9 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai seorang yang begitu penyabar, pendengar yang baik dan pembuat keputusan yang tepat.
Demikian penilaian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terhadap Perdana Menteri sejak beliau berkhidmat dengannya pada tahun 1987.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku berjudul Najib Perdana Menteri Keenam oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium, Wisma Pertahanan di sini hari ini.

KOMEN:
Sifat-sifat ”terpuji” ini hanya patut diberi kepada Rasullullah SAW sahaja. Utusan sepatutnya memakai tajuk ”sifat-sifat Najib yang harus dipuji”.
Apapun adalah terlalu awal untuk Zahid membodek Najib kerana biarlah Najib buktikan kerja-kerja beliau dahulu sebagai PM. Pujian-pujian awal bukannya akan menaikan Najib tetapi ini adalah pembunuh nombor satu politik Najib.
Menyingkap sejarah, Zahid semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO juga kerap mengamalkan bodek serta mencium tangan gulai Anwar Ibrahim, Timb Presiden UMNO ketika itu.
Rakyat sudah mual dengan pujian-pujian untuk pemimpin. Amalan dan ”lakonan” mencium tangan pemimpin di hadapan rakyat juga harus dihentikan. Rakyat ingin melihat realiti dan hasil yang dilakukan oleh pemimpin.
Aura Najib sekembalinya lawatan nostalgia dari Negara China akan terhakis kelak dengan kerja-kerja bodek murahan ini.
sumber!
No comments
Post a Comment