DATO’ SHKORI DENGAN LABU-LABUNYA, BIARKAN, BIARKAN



Seorang Pegawai Kanan di Kelantan hanya mementingkan diri sendiri daripada mementingkan kebaikan jangka panjang untuk negeri Kelantan. Beliau terlibat secara terus melalui seorang yang muflis iaitu Encik Hoe Tin Tik.

Pegawai Kanan ini ialah Dato’ Shkori bin Mohamed, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. Beliau bersubahahat dengan Hoe Tin Tik. Pengaruh Dato’ Shkori dan Hoe Tin Tik sungguh kuat sehinggakan Badan Pencegah Rasuah dan pihak Polis tidak berdaya melakukan apa-apa. Jika ini berterusan memang hancurlah negeri Kelantan. Beliau seperti duri dalam daging.

Dato’ Shkori mempergunakan nama Raja Perempuan Kelantan untuk menghalalkan perbuatannya.

Beliau juga pernah meluluskan sekeping tanah tanpa merujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan. Ini berlaku semasa beliau menjawat sebagai Ketua Jajahan Gua Musang.

Beliau dan Ho Tin Tik mempergunakan tanah kepunyaan Wan Taib seluas 2.6 hektar untuk menceroboh tanah kepunyaan Yayasan Kraftangan yang mengandungi tanah putih yang berkualiti tinggi. Tanah daripada Yayasan Kraftangan dikorek dan dilonggokkan di atas tanah Wan Taib. Jadi seolah-olah tanah Wan Taib mengeluarkan tanah putih yang berkualiti tinggi ini. Beliau dan Ho Tin Tik melalui Ceramic Material Supplies (CMS) telah menipu Yayasan Kraftangan dengan mengistiharkan feldspar ini adalah hasil daripada tanah Wan Taib yang seluas 2.6 hektar.

Jadi apa yang dibayar kepada Yayasan Kraftangan adalah sedikit jika dibandingkan dengan pengeluaran sebenarnya.

Yayasan Kraftangan adalah di bawah naungan Raja Perempuan Negeri Kelantan.

Oleh kerana kekebalan yang diperolehi oleh Tengku Hoe Tin Tik melalui pengaruh Dato’ Shkori bin Mohamed, CMS dengan beraninya menceroboh tanah simpanan Perhilitan untuk pemeliharaan rusa. Ini ada dilaporkan dalam New Straits Times, November 17, 2008, Prime New ms 15.



http://rakyatbersatu.blogspot.com/2009/03/dato-shkori-dengan-labu-labunya-biarkan.html

No comments

Powered by Blogger.