isu air: satu malaysia..rakyat ditindas rosmah didahulukan!

Pendirian Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam isu pengambilalihan pengurusan air oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambarkan konsep 1 Malaysia seperti dilaung-laungkan olehnya sebelum ini.
Iklan




Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi berkata, Perdana Menteri, pernah membuat satu kenyataan bahawa tawaran harga kepada syarikat konsesi air dengan harga tawaran yang lebih tinggi dan ini merupakan tindakan yang tidak munasabah sama sekali.

"Pendirian dan tindakan Najib dalam isu ini juga tidak mengambarkan konsep '1 malaysia' yang dikatakan sebagai satu konsep mengajak seluruh rakyat bersatu untuk membangunkan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Najib tidak bersatu bersama kerajaan negeri dalam memperjuangkan usaha ini untuk manfaat rakyat yang mendapat keuntungan dari perkhidmatan air.

"Kami menyeru kepada PM dan semua pemimpin Umno untuk mengenepikan kepentingan politik dan bersama kerajaan negeri dalam isu ini demi kebajikan penduduk negeri Selangor sejajar dengan laungan kosep 1 Malaysia," katanya.

Beliau juga menyelar tindakan yang dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim yang mendakwa kerajaan negeri Selangor hanya ingin mengaut keuntungan tanpa menghiraukan masa depan rakyat dalam isu ini.

"Ini merupakan kenyataan yang sangat dangkal dan menunjukkan pemikiran yang cetek," katanya.

Katanya, jika Adun Batang Kali mengikuti penerangan isu penstrukturan semula air dengan teliti, dia akan tahu bahawa kerajaan negeri menguruskan perkhidmatan air di Selangor bahawa tarif air akan dapat diturunkan sebanyak 10 % dalam tahun 2009 dan 20 % pada tahun 2011 dan seterusnya turun sebanyak 25 % pada tahun 2013.

"Jika adapun pihak yang mengaut keuntungan, ianya adalah rakyat dan bukan individu-individu atau syarikat swasta seperti mana yang berlaku ketika BN memerintah Selangor," ujarnya.

Namun sekarang, jelas katanya, pendapat pemimpin Umno dalam isu ini amat konsisten iaitu menyebelahi empat syarikat konsesi seperti Syabas, Abass, Splash dan Puncak Niaga.

Antara lain katanya, pegambilalihan pengurusan air dari syarikat konsesi di negeri Selangor dilakukan bukan untuk mengaut keuntungan tetapi untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dengan meneruskan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu.

"Matlamat utama hasrat kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat adalah amat jelas iaitu memberi perkhidmatan yang lebih efisyen dengan harga yang lebih rendah disamping meneruskan perkhidmatan air percuma kepada rakyat," katanya.

No comments

Powered by Blogger.