Jawapan Parlimen Mengenai Kriteria Membenarkan Anggota Komunis Untuk Balik Ke Malaysia
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)
TARIKH : 18 JUN 2009 (KHAMIS)
SOALAN :
Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan nama bekas anggota Komunis yang dibenarkan balik ke Malaysia dan nama yang ditolak untuk pulang ke Malaysia. Nyatakan kriteria yang ditetapkan oleh pihak Kementerian untuk membenarkan dan menolak bekas anggota Komunis untuk pulang ke Malaysia.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan soalan.
Untuk makluman Yang Berhormat, proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.
Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malayisia perlu mematuhi beberapa syarat seperti:
a. Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani;
b. Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan permohon;
c. Menjalani proses temu duga serta dokumentasi
Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini. Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.
Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand.
Sepanjang tempoh tawaran tersebut, seramai 431 orang anggota komunis telah memohon untuk pulang ke negara ini. Dari jumlah itu, sebanyank 338 permohonan telah diluluskan setelah kesemua mereka menjalani proses seperti mana yang dikehendaki serta mematuhi syarat-syarat yang dikenakan di dalam perjanjian.
Permohonan seramai 93 anggota komunis telah ditolak atas pelbagai sebab seperti gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam perjanjian dan masalah dari segi status kewarganegaraan. Daripada jumlah ini, terdapat juga permohonan yang ditarik balik atas kehendak pemohon sendiri.
Tuan Yang Dipertua,
Kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak komunis telah menyebabkan ramai rakyat dan anggota keselamatan terkorban dan perkara ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia sehingga sekarang. Oleh yang demikian, demi mengelakkan sebarang kejadiaan yang boleh mengancam memudaratkan keselamatan negara serta berkas anggota-anggota komunis berkenaan, maka nama-nama bekas anggota komunis yang dibenarkan pulang ke Malaysia tidak akan didedahkan. Di atas faktor yang sama, proses kepulangan mereka juga tidak akan diberikan sebarang publisiti.

No comments
Post a Comment