Isu Pusat Siber: Kaji Semula Waktu Operasi
SHAH ALAM, 2 Jun - Kerajaan negeri merancang mengkaji semula untuk melanjutkan masa operasi pusat siber di Selangor bagi membendung gejala sosial seperti perjudian terus menular dalam kalangan remaja negeri ini.
Demikian kata Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah satu Perjumpaan Bersama Wakil Persatuan Pemilik Pusat Siber di diadakan di Bangunan Annex, Shah Alam, di sini, petang tadi.
Perjumpaan yang dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar sendiri itu turut dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), wakil-wakil PBT dan juga ahli majlis yang mengemukakan cadangan masing-masing berhubung isu tersebut.
“Saya ingat buat masa ini kerajaan negeri belum mengubah apa-apa lagi pendirian tentang memanjangkan masa perniagaan,” kata Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid yang menolak cadangan pengusaha pusat siber untuk melanjutkan tempoh operasi.
Menurutnya, buat masa ini garis panduan sedia ada terus diguna pakai sehingga satu kajian menyeluruh diambil bagi mengatasi masalah tersebut.
“Jadi saya mengambil pendirian dimana kita akan buat kajian dan hasil daripada kajian itu kita akan buat keputusan sama ada boleh menimbangkan permintaan pengusaha.
Selain itu, kita juga mencari jalan bagaimana masalah sosial terutama pemilik-pemilik cyber cafe yang tidak mempunyai lesen dapat kita kurangkan dan hapuskan”, katanya yang turut memberi tempoh sebulan kepada pengusaha siber dan pihak PBT untuk mengatasi masalah itu.-MURIZA ABDUL HAMID

No comments
Post a Comment