Lebih 60 peratus pusat siber tiada lesen

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan lebih daripada 60 peratus pusat siber di negeri ini tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.
Iklan




Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri akan melakukan kajian dan hasil daripada kajian tersebut akan diputuskan sama ada boleh menimbangkan permintaan pengusaha serta mencari jalan mengatasi masalah gejala sosial.

"Pertemuan memberi keutamaan kepada pemilik pusat siber yang tidak mempunyai lesen supaya kita dapat hapuskan dan kurangkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Pemilik Pusat Siber Selangor petang tadi.

Hadir sama dalam majlis pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dr. Halimah Ali; Pengerusia Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Dr. Rodziah Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pihak Berkuasa Tempatan, Ronnie Liu.

Dalam pertemuan tersebut, wakil dari persatuan memberi cadangan bagi membolehkan mereka beroperasi dengan keadaan supaya pusat siber memanjangkan waktu operasi daripada 12 malam hingga 3 pagi.

"Saya ingat buat masa ini Kerajaan Negeri belum mengubah apa-apa lagi pendirian tentang memanjangkan masa perniagaan.

"Ini adalah disebabkan kita juga mendapat cadangan dan juga pemerhatian daripada Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengatakan masalah gejala sosial juga kita berpunca disini.

"Terdapat juga pusat siber yang tidak memberi kebaikan kepada golongan remaja dan dari segi permainan yang berlaku serta ada kalanya menjadi tempat perjudian," katanya.

Beliau menambah, Kerajaan Negeri akan melakukan kajian ini selepas satu bulan daripada hari ini.

"Selepas itu, satu kajian mengenai berapa keperluan penduduk populasi dalam bandar dan luar bandar dengan cara itu kita boleh buat pemantauan yang lebih bermakna," katanya.

No comments

Powered by Blogger.