Kepimpinan Ulama’ atau Kepimpinan Teokratik?




1. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan konsep Kepimpinan Ulama’?

2. Pada Oktober 1982, apabila Presiden pada ketika itu iaitu Dato’ Asri Muda (Allahyarham) dilihat gagal memenuhi aspirasi massa ahli PAS, maka konsep ini secara lantang digagaskan. Akhirnya Dato’ Asri dijatuhkan secara keras dan konsep ini mula berpasak kukuh.Setelah hampir tiga dekad dilaksanakan, konsep Kepimpinan Ulama’ mula dipersoalkan secara serius dan kritikal.

3. Tiga tonggak utama – Mustafa Ali, Subky Latif, Wan Mutalib Embong bukanlah Ulama’. Mereka perjuangkan konsep ini atas dasar keinginan untuk membawa PAS ke tempat yang lebih baik.

4. Benar, hari ini PAS telah berada di tempat yang lebih baik. Parti telah menjadi lebih stabil dan keyakinan ahli terhadap pimpinan dan parti lebih baik. Di Malaysia (pada hari ini), PAS adalah satu-satunya parti yang ahlinya sukar melompat keluar. Yang melompat-lompat dalam PAS hanyalah ahli parlimen bebas yang tiada pendirian dan bermuka tebal.Dalam PKR dan DAP sudah ramai yang melompat keluar hingga kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang. Kelantan penggal 2004-2008 pula kukuh walaupun beza kerusi PAS dan UMNO terlalu tipis, ibarat kulit bawang.

5. Kekuatan-kekuatan ini wujud kerana kukuhnya kepimpinan Ulama’ dalam PAS.

6. Tapi adalah PAS sudah tidak ada masalah pada hari ini?

7. PAS adalah parti pembangkang yang paling ramai ahli samada yang mendokong atau hanya menyokong. Namun PAS juga mencatatkan jumlah kerusi parlimen yang paling kecil berbanding PKR dan DAP. PAS juga hanya dilihat rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat, bukannya backbone sebagaimana yang dikatakan Salahuddin semalam.

8. Maka di mana silapanya?

9. Bolehkah konsep Kepimpinan Ulama’ ini dikaji semula? Ataupun ia adalah ‘kebal’ seperti Al Quran ataupun Hadis hingga tidak boleh lagi dipersoalkan apatah lagi dipertikaikan?

10. Melihat kepada struktur parti, konsep kepimpinan Ulama sudah cukup kuat dengan adanya Majlis Syura Ulama’ yang dipimpin oleh Mursyidul Am.Dan ia diperkuatkan pula dengan Dewan Ulama’.

11. Adakah kedua-dua institusi besar ini tidak mampu menjaga parti andai kata Presidennya menyeleweng? Ataupun jika Timbalan Presidennya membuat onar?

12. Jika tidak mampu, bubarkan saja Majlis Syura Ulama’ dan Dewan Ulama’ PAS dan buatlah satu ketetapan agar jawatan Presiden, Timbalan Presiden ditandingi oleh Ulama’ selama-lamanya. Mungkin dengan cara ini ahli-ahli PAS akan merasa partinya selamat dari anasir-anasir yang boleh merosakkan.Seolah-olah apabila seorang yang pakar perubatan atau jurutera diangkat menjadi Timbalan Presiden Parti, maka parti akan rosak dan menyimpang.

13. Jika pemikiran ahli-ahli PAS terus begini, tidak mustahil PAS akan dilihat sebagai parti teokratik. Mungkin suatu hari nanti orang tidak lagi memanggilnya sebagai Kepimpinan Ulama’ sebaliknya Kepimpinan Teokratik.

14. Bagi non-Muslim dan golongan Melayu Liberal, Kepimpinan Teokratik adalah lebih menyeramkan berbanding dengan Hudud.

15. Kalau itu berlaku, PAS akan menjadi pembangkang selama 50 tahun lagi.

http://hasbiemuda.wordpress.com/2009/06/05/kepimpinan-ulama-atau-kepimpinan-teokratik/

No comments

Powered by Blogger.