pemuda umno kata siapa yang kafir bila tok guru nik aziz tolak kerajaan perpaduan!


Oleh Yus Iskandar

Kota Bharu -- Pemuda UMNO hairan dengan sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menolak idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang.

Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Hj Afandi Yusof berkata Nik Aziz sepatutnya menyokong idea tersebut sekiranya beliau benar-benar berjuang untuk Islam, Allah dan rasul.

Tegasnya tidak ada apa salah dan cacat celanya jika orang Melayu Islam di negara ini bersatu dalam satu nada dan wajah demi kepentingan bersama.

Menurutnya keengganan Nik Aziz itu menggambarkan beliau sebenarnya telah tersepit selain cuba menunjukkan taring dengan membuat tuduhan bahawa UMNO "samseng politik" dan sebagainya.

"Nik Aziz perlu sedar dan insaf, manakah yang lebih baik antara UMNO dan DAP/PKR. Adakah UMNO lebih kafir atau lebih sekular daripada DAP, sehingga Pas sanggup menolak idea tersebut?

"Nik Aziz perlu akui, bahawa semua usaha pembangunan Islam, usaha mengangkat martabat ummah di negara ini telah dibuat UMNO dan BN bukan DAP", katanya di sini, hari ini

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Nik Aziz penubuhan kerajaan perpaduan itu sebagai mengarut dan merugikan Pas.

Beliau turut mendakwa UMNO sebagai samseng politik serta diibaratkan sebagai telur-telur yang ditinggalkan penjajah.

Afandi yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kelantan seterusnya berkata Nik Aziz tidak sepatutnya menuduh UMNO sebagai warisan penjajah.

"Isu itu tidak lagi relevan sekarang, dulu Pas kata UMNO kafir kerana tidak melaksanakan hudud, mengekalkan perlembagaan jahiliyah, UMNO sekular dan sebagainya. Tetapi kini semua tuduhan itu telah terpalit ke muka mereka sendiri", ujarnya.

Tegas beliau lagi sekiranya benar isu, hujah dan tuduhan Pas bahawa UMNO kafir kerana berkongsi kuasa dengan kafir, maka Pas juga hari ini telah termasuk dalam golongan tersebut kerana berkongsi kuasa dengan DAP.

"Nik Aziz tolak perpaduan dengan UMNO, ibarat Pas tolak syariat dan tolak Islam. Tiada sebarang hujah yang membenarkan Pas berkongsi kuasa dengan DAP atas dasar Islam. UMNO lebih utama untuk dijadikan sahabat.

"Dan saya secara peribadi menyokong gagasan mulia Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana usaha perpaduan seumpama ini patut disokong semua umat Islam di negara ini", ujarnya.


puiihhhh!!!! nak termuntah dengar pemuda umno ulas pasal kerajaan perpaduan! dulu puak hang dok maki tok guru kami...mampus umno!

No comments

Powered by Blogger.