Mansor angkat sumpah TKM I Pulau Pinang
GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mansor Othman, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di kediaman rasmi Yang Dipertua Pulau Pinang, Seri Mutiara, di sini, sebentar tadi.
Beliau yang menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin, memegang jawatan itu selepas memenangi pilihan raya kecil DUN Penanti, Ahad lalu.
Sementara itu, dalam sidang media selepas upacara mengangkat sumpah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan Mansor akan memegang portfolio Jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat.

No comments
Post a Comment