najib yang sebenarnya gila jawatan!!

KUALA LUMPUR 7 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu asyik mengejar jawatan dalam parti sehingga mengabaikan kebajikan rakyat.

Perdana Menteri berkata, kecenderungan sedemikian adalah satu penyakit kepada BN dan ia mesti dihentikan segera sebelum parti dihukum rakyat.

Tegasnya, semua pihak perlu sedar bahawa nostalgia, sentimen mahupun budi boleh dilupakan oleh rakyat pada bila-bila masa terutama di kalangan generasi muda.

"Kita tidak boleh obses mengenai politik dalam parti sendiri sehingga kita sanggup berhempas pulas untuk mendapatkan kedudukan.

"Janganlah kita terbuai untuk mengejar jawatan, berhempas pulas tanpa mengambil kira apa yang berlaku kepada parti kita dan sanggup membuat apa sahaja yang boleh menyumbang kepada kemenangan walaupun cara berpolitik itu tidak disenangi rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) Ke-56, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden PPP, Datuk M. Kayveas dan barisan kepimpinan tertinggi parti berkenaan, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Perhimpunan Agung PPP kali ini menyaksikan sembilan calon bertanding untuk merebut tiga kerusi Naib Presiden manakala 29 calon lagi bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

No comments

Powered by Blogger.