Oh! Aku Pelik Betul...adakah anda sama macam saya?




Berikut adalah beberapa perkara yang mengundang “pelik” dalam hidup Khai. Kenapa ianya terjadi dan kenapa ianya terjadi di depan mata Khai dan juga hidup Khai? Why me?! Why?!! Hehehe.. Ikuti artikel berikut.

- Aku pelik betul bila Tok Imam baca khutbah suara tergagap-gagap sambil menangis teresak-esak kerana menghayati apa yang dibacanya tapi tanpa diketahui makmum’nya semua pelik kenapa Tok Imam tu menangis dan tergagap-gagap sampai tak dapat nak catch up apa yang dia baca. Ini kat kampung aku la.

- Aku pelik betul bila anak remaja datang ke masjid untuk solat jumaat tapi bila orang sembahyang, dia kat luar borak-borak dan hisap rokok. Kan lebih baik kau tidur kat rumah je kawan?

- Aku pelik betul bila Tok Imam merokok. Kenapa yer aku pelik?

- Aku pelik betul bila seorang sahabat baik boleh bergaduh hanya kerana dua sebab. Satu, kerana awek dan satu lagi kerana duit.

- Aku pelik betul dengan perempuan mata duitan. Materialistik! Mungkin penyakit turun-temurun yang tidak disedari oleh dirinya sendiri.

- Aku pelik betul bila melihat orang masih menggunakan Internet Explorer. Sudah tu tak reti nak bukak tab. Bukak la IE tu banyak-banyak sampai penuh kat taskbar. Oh!!

- Aku pelik betul remaja kita naik motor macam beruk sarkas. Angkat tayar sana sini. Terbang superman. Kalau dah kahwin takpe juga. Habislah generasi keturunan kau nanti. Tapi bagus juga dari kau lahirkan keturunan yang satu warna dengan kau.

- Aku pelik betul bila keluarga melarang sekeras-kerasnya anak yang sibuk ingin berkahwin tetapi merelakan anak’nya berbuat maksiat tanpa diketahui.

- Aku pelik betul bila orang mempromosi produk di shoutbox blog orang lain tanpa segan silunya. Yang tak kisah tu, bagus lah. Tapi aku kisah kerana orang lain sanggup mengeluarkan modal untuk sedikit iklan. Tak adil macam tu kawan.

- Aku pelik betul bila sesetengah entri dikomen oleh “si anti” dengan ayat yang super menanah mata bila dibaca. Entri yang baik-baik tak pernah nak komen pulak kan? Dah la komen dengan nama yang entah apa-apa. Email pula mengarut. URL jangan harap nak letak. Anu dalam botol mungkin?

- Aku pelik betul bila orang hisap rokok tanpa memandang keadaan sekeliling. Kesian orang tua dan budak-budak di belakang tepi dan depan yang mungkin akan mati sesak nafas dalam beberapa saat kemudian.

- Aku pelik betul bila harga langganan internet di Malaysia masih mahal sedangkan dinegara lain harganya murah tapi speed berganda lagi laju dari Malaysia. Hurm, Malaysia boleh!

- Aku pelik betul bila orang kaya guna laptop Acer. Compaq lah at least. (ok duit dia lantak dia)

- Aku pelik betul bila duit dalam akaun Maybank tiba-tiba bertambah tanpa aku ketahui dari mana puncanya. Terima kasih toyol!

- Aku pelik betul bila ada yang mengaku dirinya blogger tapi entri’nya hanya plagiat di merata-rata blog yang dilayari’nya.

- Aku pelik betul bila orang naik kereta/motor bila masuk simpang tak reti bukak signal. Ingat orang reka signal tu penat-penat untuk hiasan ke?

- Aku pelik betul bila orang merokok dan ada rokok di poket minta rokok pada orang lain. Perkara yang sangat sinonim dengan para pelajar Universiti. Diri sendiri je nak berjimat? Orang lain takyah berjimat la yer?

- Aku pelik betul bila orang naik motor Kriss, tapi pakai helmet dan baju macam orang naik superbike. Oh, takpelah untuk keselamatan. Tapi macam kelakar la. Hehe.

- Aku pelik betul bila TV3 keluarkan cerita e-toyol.com tapi bila kita masuk website tersebut, hanya ada website sampah. Takde strategi marketing ke? Ikut contoh 8TV lain kali. Pergi tanya Ahmad Izham.

- Aku pelik betul bila anak-anak remaja apply broadband mahal-mahal tiap bulan sekadar mahu main Facebook, Myspace, download movie dan perkara-perkara lain yang tidak memberi hasil. Bil bulan-bulan mak bapak diorang jugak yang kopak.

- Aku pelik betul bila artis pergi clubing dan arak sana sini sambil menangkap gambar. Kemudian upload dengan bangganya di Facebook. Lepas tu bising bila gambar tersebut tersebar. Artis tak pergi sekolah ke dulu?

- Aku pelik betul kenapa orang update blog dan tak semena-mena diakhiri dengan promote affiliate yang tiada kena mengena.

- Aku pelik betul bila ada blog yang entah berapa juta ranking blog dia dalam dunia ni, tapi semua entri mengajar orang teknik SEO.

- Aku pelik betul bila orang burn file yang tak sampai 100MB dalam DVD. Guna CD sudaa. Belum pernah aku jumpa DVD Room yang tak boleh nak read CD. Hehehe.

- Aku pelik betul bila rakan se’hostel aku dulu mandi tak sampai 1 minit. Hurm, takpelah at least dia mandi.

- Aku pelik betul bila kunci mangga ada tiga empat dalam bakul motor, tapi tinggalkan motor dengan handle lock je. Bila motor hilang gelabah nak salahkan “pak guard”. Tapi aku lagi pelik kalau orang bikin motor habis beribu-ribu, tapi rasa kopak untuk beli kunci mangga.

- Aku pelik betul bila ada remaja yang sanggup berhabis duit untuk vote peserta kegemaran Akademi Fantasia, Mentor dan rancangan yang sewaktu dengannya.

- Aku pelik betul kenapa kawan datang dan pergi. Habis Universiti semua senyap. Kita juga yang kena ambil tahu pasal diorang bila memikirkan ‘kawan’. Lagi pelik bila ada kawan yang tak mengenang budi.

- Aku pelik betul bila kerajaan menetapkan hanya 10 subjek sahaja dalam SPM bermula tahun hadapan. Sukati budak tu la dia nak amik berapa pun. Dah dia pandai.

- Aku pelik betul bila melihat lelaki yang berbangga mempunyai awek yang super seksi. Mahu ajak barai ramai-ramai kah bro?

- Aku pelik betul kenapa aku cepat sangat membesar. Dah 21 tahun rupanya sedangkan memori masa umur 4 tahun masih segar dalam ingatan. Hahaha. Aku sunat masa darjah 5 dan aku masih ingat kenangan bila ehem-ehem tersepit kat zip seluar. Sakit siot!

- Aku pelik betul bila ada perempuan yang tak lah cantik mana tapi berbaju super seksi menunjukkan punggung yang besar dan buah dada yang maju. Itu saja modal yang ada ye? Hehehe.

- Aku pelik betul bila pembaca blog ni datang ke sini hari-hari tapi lupa nak bookmark blog ni atau at least jadikan homepage terus! Hahahaha. Ye la ye la, subscribe pun dah cukup berterima kasih.

- Aku pelik betul dengan silent reader yang baca blog tapi malas gila nak kasi komen. Macam la susah sangat. Hihi. Jangan marah ye “justkhai silent readers”.

http://justkhai.com/blog/oh-aku-pelik-betul/

No comments

Powered by Blogger.