patut la rosmah kawal najib!

Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai seorang yang begitu penyabar, pendengar yang baik dan pembuat keputusan yang tepat.

Demikian penilaian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terhadap Perdana Menteri sejak beliau berkhidmat dengannya pada tahun 1987.

"Beliau sekalipun tidak pernah meninggikan suara atau mengerut muka apabila marah namun kita akan tahu apabila beliau marah kerana muka beliau akan merah dari pipi ke dahi.

"Najib juga sentiasa mendengar luahan, maklumat, masalah atau komen orang tanpa memberikan reaksi yang keterlaluan. Beliau juga tidak membuat keputusan ketika marah atau sedih," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku berjudul Najib Perdana Menteri Keenam oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium, Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Jelasnya, apabila melihat Najib begitu sedih meninggalkan Kementerian Pertahanan, beliau menyedari bahawa kementerian tersebut adalah darah daging Perdana Menteri.

"Secara peribadi, saya menghargai segala kepercayaan yang diberikan Najib kepada saya.

"Saya dikutip oleh Najib dari lembah politik untuk menjadi Setiausaha Politik ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pertahanan. Kini, beliau lantik saya menjadi Menteri Pertahanan," katanya.




kahkahkahkah....patut rosmah jadi bos! kahkahkahkah.... bini jadi suami!

No comments

Powered by Blogger.