pas for all! tolong faham..no for umno!

boneka umno




Nasihat Untuk Presiden Dan Pimpinan PAS yang Lain

Bukan bermaksud saya disini untuk mempertikaikan hak dan keputusan yang diambil oleh TGHH dalam melantik kepimpinan baru AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri. Sesiapapun yang dipilih oleh Tuan Presiden PAS adalah hak beliau sebagai pemimpin parti. Apa yang saya nak sampaikan disini, adakah cara pemilihan tersebut merupakan pemilihan secara peribadi atau dibentangkan didalam mesyuarat PAS Pusat dengan mengambil kira situasi negara dan kehendak majoriti perwakilan atau apakah kriteria yang digunakan dalam memilih pemimpin tersebut.

Sebagai ahli saya berhak memberikan pandangan untuk kebaikan parti. Adakah saranan-saranan Naib-naib Presiden, Murshidul Am PAS dan AJK PAS Pusat diambilkira dalam menentukan kepimpinan peringkat Pusat dan Negeri(Pesuruhjaya)? Persoalan-persoalan ini bukanlah untuk mempertikaikan kewibawaan TGHH dalam memilih pemimpin, tetapi adalah lebih molek jika pemilihan ini dibuat secara kolektif dengan mengambil kira semua perkara dan maslahah umum.

Cara terbaik ialah mengemukakan pandangan dalam mesyuarat dan berbincang dengan baik untuk mencapai kesepakatan dengan mengambil kira Konsep Kepimpinan Ulama yang sebenarnya iaitu dengan tidak mengenepikan kewujudan warga profesional dan warga marhaen yang bukan terdiri dari ulamak atau profesional. Apa yang sempat dilihat sepintas lalu, boleh dikatakan hampir 100% Pesuruhjaya PAS Negeri adalah ustaz-ustaz dari pelbagai institusi pengajian. Suka saya mencadangkan walaupun sudah terlewat (mungkin dilain waktu boleh difikirkan), agar perlantikan Pesuruhjaya dilantik setelah mengambilkira pandangan PAS-PAS Kawasan agar diberikan ruang kepada mereka untuk mencadangkan sendiri Pesuruhjaya bagi mewakili parti bagi peringkat negeri.

Jika Presiden memerlukan wakil yang boleh bekerja bagi pihak Presiden, maka PAS Kawasan2 juga memerlukan Pesuruhjaya yang boleh bekerja bagi pihak mereka. Kemungkinan terdapat golongan profesionalisma yang haraki (walaupun bukan ulama) tetapi dilihat berkeupayaan utk mengemudikan PAS peringkat negeri. Tokoh-tokoh seperti Ir Nizar, YB Khalid Samad, Dr. Mujahid Rawa, Ir Amiruddin, YB Husham Musa adalah diantara tokoh-tokoh penting yang berkelayakan. Jika mereka tidak memegang jawatan-jawatan penting dalam PAS, bermakna PAS mengenepikan kilauan permata yang sedang bergemerlapan.

Usahlah dilabel pro-pakatan ke atau pro-UG ke, endorgan ke atau apa-apa sahaja dengan tujuan untuk mengenepikan mereka kerana ia bukan sahaja akan merugikan PAS tetapi juga membiarkan pelapis-pelapis parti disia-siakan kebolehan mereka. Memanglah melukut ditepi gantang pun boleh bekerja (itu bahasa merendah diri), tetapi amat rugilah kalau sekadar melukut ditepi gantang sahaja, sedangkan mereka berkebolehan berperanan di dalam gantang.

Apapun keputusan telah dibuat oleh Tuan Presiden, saya hanya mengharapkan yang terbaik, orang lain pun mungkin berfikiran untuk mendapatkan yang terbaik. Kepada Cikgu Pa, Setiausaha Agong PAS yang baru, tahniah diucapkan. jadikan tugas anda untuk memperkasakan PAKATAN RAKYAT, bukannya memperkasakan KERAJAAN PERPADUAN. Ini adalah amanah perwakilan muktamar, jangan disia-siakan amanah ini.Kepada YB Dr. Hatta… teruskan usaha anda… cari duit banyak-banyak utk PAS. Kpd Ust. Idris Ketua Penerangan PAS yang baru, selamat menjalankan tugas-tugas penerangan dengan baik seperti YB Mahfuz Omar.Jangan dibiarkan ahli dan rakyat dibawah terkeliru atau dikelirukan oleh fraksi-fraksi UMNO (masih mencari siapakah fraksi UMNO dlm PAS-psst: Ust Ahmad Awang masih tak mau bagitau kat kami).

Kepada YB Husam dan Sdr. Mat Sabu tahniah kerana dilantik semula. Tahun depan insyaAllah boleh bertanding lagi(-saya sokong) cuma Mat Sabu dan Husham kenalah pi menuntut di universiti al-Azhar ke… kalau setakat menuntut kat TGNA 1000 tahun pun, perwakilan tak berapa nak selera memilih non-ustaz.(hehehe).Kepada semua Pesuruhjaya saya mengucapkan selamat bertugas dan buat kerja-kerja yang diamanahkan diperingkat negeri.

Kepada Tuan Presiden, harapan saya agar dapat memacu PAS kearah kecemerlangan dunia dan akhirat. Harap selalulah berbincang terlebih dahulu dengan Murshidul Am PAS sebelum buat sesuatu. Hormati lah yang lebih tua/lama sebagai mana TG menghormati almarhum Alfadhil TG Ust Fadhil Noor.

Kepada semua ahli dan rakyat semua…. bersatulah anda memacu perubahan dalam pilihanraya akan datang. Bersama memperkasa PAKATAN RAKYAT! Tumbangkan UMNO/BN dlm pilihanraya akan datang! Tegakkan ketuanan rakyat… Makkal Sakhti!!! PAS FOR ALL…NOT FOR UMNO/BN!

.. Penulis Tamu…

http://makkalsakhti.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.