Selangor harus waspada selalu


Isu ini timbul kerana mengikut hasil risikan maklumat secara rambang terhadap pegawai PBT di seluruh negeri selangor.

Kebanyakkan mereka masih lagi penyokong tegar UBN sedangkan mereka ini semua berkhidmat kepada kerajaan yang sedia ada iaitu kerajaan pakatan rakyat.

Kebanyakannya masih lagi dalam usaha untuk mensabotaj dan cuba membuat onar serta mencari jalan untuk menimbulkan masalah serta melahirkan rasa tidak senang dan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap kerajaan pakatan rakyat pimpinan Tan Sri Khalid.

Agenda mereka ini mungkin akan tercapai jika pimpinan sekarang tidak mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Kalaulah keadaan ini berpanjangan dan berterusan kemungkinan besar cuma penggal ini sahajalah kerajaan pakatan memerintah.

Agen-agen UBN sedang bergerak secara halus dalam usaha menghancurkan kerajaan pakatan di Selangor.

Jangan dibiarkan makhluk perosak ini semua merayap dan merosakkan segala rancangan dan agenda rakyat yang sedang dan akan dilaksanakan.

Diharap ADUN dan MP pakatan rakyat dapat memantau PBT di tempat anda semua supaya agenda jahat mereka ini dapat dikekang dari merebak menjadi barah. Wallahualam

untuk artikel, bolehlah baca disini juga.

No comments

Powered by Blogger.