Siapa menjeling Ahmad Awang yang dedah pengkhianatan?

Siapakah yang menjeling dari tempat duduknya ketika Ustaz Ahmad Awang mendedahkan ada pimpinan tertinggi PAS yang mencadangkan kepada beliau supaya PAS "bersama Umno" untuk menubuhkan kerajaan di Perak?

Jika beliaulah orangnya, adakah beliau berani mengemukakan cadangan itu sendiri-sendiri tanpa tok dalang di belakangnya? Maksudnya, tok dalang dari dalam PAS sendiri. Jika ada tok dalang, siapakah tok dalang itu? (Lihat video ihsan Waejo di bawah).

Sambil menulis perkara di atas, teringat pula bagaimana orang yang berlagak lebai membikin duit yang begitu banyak jumlahnya. Lebai jahat itu membuka syarikat. Di sisi lain, ahli politik jahat penguasa negeri yang hendak menggunakan lebai jahat itu mengendalikan projek perumahan.

Berlakulah you scratch my back, I scratch your back. Di atas kertas tanpa bermodalkan apa-apa, tertulislah bahawa rumah-rumah itu "dijual" kepada syarikat lebai jahat itu. Katakanlah rumah-rumah itu "dijual" sebiji RM70,000 kepada lebai jahat itu.

Setelah itu, lebai jahat kemudiannya menjual pula kepada orang yang benar-benar hendakkan rumah dengan harga RM80,000 sebiji. Katakan sebuah rumah menghasilkan untung percuma RM10,000, bayangkan 10 biji atau lebih dari itu. Tidak hairanlah kalau lebai jahat itu mendapat wang yang begitu banyak.

Walaupun perbuatan itu boleh dikaitkan dengan kesalahan jenayah, tetapi bila peguam handalan mengendalikannya, tahulah ia memutihbersihkan transaksi itu. Mungkin juga menyembunyikan apa yang berlaku itu sama sekali.

Berkaitan:
Nasha , siapakah barua Umno Perak? (Alhusseyn)

No comments

Powered by Blogger.