APA YANG KITA BAWA BALIK DARI MUKTAMAR PAS ?
Baru sahaja lepas sehari balik dari muktamar, saya pun membuka laptop. Sudah lama tidak melayari website dan blog-blog kegemaran serta blog-blog lain. Malah blog sendiri pun hampir 4 hari tidak dikemaskini.
Harapan saya ialah kononnya hendak membaca ulasan para bloggers tentang segala perkara yang telah diperbincangkan sepanjang muktamar termasuklah ucapan dasar Presiden, perbahasan para perwakilan, jawapan serta penggulungan para pimpinan parti yang kita sayangi.
Ini adalah kerana bagi kita, apa sahaja yang menjadi keputusan dalam muktamar akan menjadi garis panduan yang perlu dilaksanakan sama ada di peringkat PAS Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.
Sebaik sahaja blog tertentu dibuka...amat mengejutkan..! Lain yang diharap, lain pula yang keluar. Kebanyakan blog dan laman web menyiarkan berita (cerita ?) tentang hasrat pimpinan tertinggi berbincang dengan UMNO, kerajaan perpaduan, menghentam secara terbuka pimpinan parti dan macam-macam lagi.
Sedih...
Hati tertanya... otak berfikir..mengapa boleh jadi begini...
Maka saya berbaik sangka..
"Mungkin para bloggers tidak menjadi perwakilan atau paling kurangpun tidak menjadi pemerhati."
Bgai saya yang telah diberi peluang menjadi perwakilan (saya yakin sebahagian besar perwakilan), segala persoalan yang terpendam dalam hati dan benak fikiran telah terjawab setelah mendengar Ucapan Dasar Presiden (dalam Ucapan Dasar langsung tidak disentuh tentang kerajaan perpaduan), penggulungan Timbalan Presiden menjelaskan tentang apa yang berlaku sekarang. Dan saya mengandaikan ia menjadi JELAS bagi para perwakilan.
Menyedihkan...
Kebanyakan blog dan laman web saya baca setelah balik dari muktamar, memaparkan berita (cerita?) yang amat-amat negatif kepada pimpinan dan parti/jamaah.
Maka, saya tertanya-tanya :
- kita baru sahaja diberikan peringatan tentang adab dan akhlak dalam jamaah semasa muktamar
- kita diperingatkan tentang aspek taat dan wala' kepada pimpinan semasa muktamar
- kita diingatkan mesti thiqah kepada apa sahaja keputusan pimpinan kerana kita yakin mereka mendapat bimbingan majlis syura ulama
- siapalah kita jika dibandingkan dengan Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain pimpinan
- selama tiga hari bermuktamar, adakah isu Kerajaan Perpaduan sahaja yang dibawa balik oleh para perwakilan ?
- Presiden telah menggariskan 103 peranggan di dalam Ucapan Dasar yang perlu dihadamkan dan dilaksanakan
- Presiden telah menyimpulkan 6 perkara penting di bahagian terakhir Ucapan Dasar yang bertema "Islam Memimpin Perubahan"
- setakat manakah keihklasan kita hadir ke muktamar kali ini ?
- adakah selama tiga hari bermuktamar, kita hanya dapat bawa balik ke kawasan masing-masing ialah isu kerajaan perpaduan dan mencari kesalahan pimpinan
- adakah kita dapat membezakan antara dasar parti/jamaah dengan strategi parti/jamaah ?
- Allah menganugerahkan kita berkebolehan mengendali blog dan laman web untuk meruntuhkan jamaah ?
- adakah kita suka menjadi penyumbang kepada keruntuhan jamaah ?
Itu sahajakah yang kita bawa balik dari muktamar ? (Selain daripada cenderamata yang dibeli semasa muktamar.)
http://intanhijau.blogspot.com/
No comments
Post a Comment