tolong abaikan kerajaan perpadua....beri perhatian kepada manek urai!


Pilihanraya kecil Manek Urai sudah semakin hampir. Jentera PAS perlu siap sedia seperti sebelum sebelum nya. Kalau dulu, berduyun duyun penyokong PAS datang menyokong, pilihanraya nanti pun mereka kena buat seperti itu. Pedulikan dengan cerita Muktamar Pas sekiranya keputusan tidak kita gemari. Kerana apa?

Sebab TG Nik Aziz masih ada dan dia adalah Mursyidul Am yang kita hormati.
Bukan kita kita sahaja, tetapi tak kira apa bangsa pun. Baik Cina, India dan apa jua bangsapun. Bukan penganut Islam sahaja, tapi penganut agama apa pun. Kalau melihat cara dan sikap beliau, semuanya akan memuji.

Nkorang tanya bangsa asing, atas apa alasan mereka bersama PAS? Kerana tak suka UMNO, dan kerana PAS ada TG Nik Aziz. Tiada nama lain yang mereka sebut kecuali nama TG.

Kerana itu lah maka, selagi TG Nik Aziz masih menjadi Ketua PAS .. selagi itu lah kita bersama PAS.

Bagaimana dengan Haji Hadi dan seangkatan dengannya? Ahhh .. biaq pi sama depa. Ada ketika, ada masa .. sampai waktu .. mereka tahu bahawa, pemimpin itu ujud kerana penyokong. Kalau penyokong tiada, kuasa pun hilang begitu saja. Tak lama ........


http://radenjowo.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.