Di Sebalik Cadangan Kerajaan Perpaduan
1. Apakah bezanya Kerajaan Campuran PAS-UMNO pasca 13 Mei 1969 dengan cadangan Kerajaan Perpaduan pasca PRU 12?
2. Tidak banyak berbeza melainkan pada 1970-an, belum wujud gabungan pembangkang yang tersusun dan kuat. DAP, PAS, PPP, dan PGRM (Gerakan) walaupun menang banyak kerusi dalam PRU 1969 namun mereka tidak bersatu. Tidak seperti Pakatan Rakyat pada hari ini yang boleh dianggap sebagai sebuah Government in Waiting.
3. Pada 1970-an, PAS, PPP dan Gerakan telah menyertai BN. Namun, kesan jangka panjang telah hampir menjahanamkan PPP dan PAS. PAS akhirnya ditendang keluar dan tenggelam dari pentas politik arus perdana. PAS tewas dalam banyak kerusi dalam pilihanraya 1978,1982 dan 1986. PAS hanya kembali sebagai relevan pada tahun 1990 - hasil kebijaksanaan siasah pimpinan PAS dalam mengambil kesempatan ekoran pertelingkahan UMNO baru dan Semangat 46.
4. PPP pula yang pernah menang besar kerusi DUN di Perak pada tahun 1969 telah menjadi sebuah parti tidak berkuku pada hari ini. Hanya satu kerusi parlimen diperuntukkan kepada parti – Taiping, itupun diserahkan dalam keadaan serba tidak ikhlas. Presidennya M. Kayveas pula ibarat melukut di tepian gantang – jawatan Timbalan Menteri telah diperuntukkan kepada musuh dalaman partinya sendiri.
5. Apabila Perikatan lemah pada 1969 – tiga parti utama pembangkang pada ketika itu iaitu PAS, PPP dan Gerakan yang dipujuk untuk menyertai mereka. Anehnya sekarang, apabila keadaan yang sama berlaku maka PAS pula yang menawarkan diri untuk bersatu dan berpadu.
6. Cadangan Kerajaan Perpaduan adalah cadangan yang bernas dan baik. Tapi masa ini bukanlah masa yang sesuai.
7. Benar, ia mampu membina sinergi muafakat dalam pemerintahan negara sekaligus menjamin kuasa politik Melayu – Islam. Ekonomi pula akan semakin stabil kerana minat pelabur sangat bergantung kepada kestabilan politik negara.
8. Namun, adakah itu adalah pilihan yang terbaik pada masa kini? Membentuk kerajaan Perpaduan sebenarnya adalah jalan mudah untuk UMNO-BN mengembalikan sokongan Melayu-Islam yang mewakili hampir 50.6 peratus rakyat negara ini. PAS akan menumpang sekaki, namun mustahil untuk menguasai.Bargaining power PAS yang hanya memenangi 25 kerusi Dewan Rakyat masih terlalu lemah dan kerdil untuk menandingi UMNO yang menguasai 77 kerusi. Bolehkah agenda Islam yang dibawa dapat direalisasikan jika Presiden PAS hanya dilantik menjadi Menteri di JPM yang menjaga agama?
6. Apapun yang dihujahkah, Kerajaan Perpaduan masih tidak praktikal untuk dilaksanakan pada masa ini. Mungkin sepuluh tahun lagi apabila keadaan sudah banyak berubah, ia mungkin boleh direalisasikan.
7. Di sebalik cadangan Ustaz Hadi itu, saya juga memikirkan tentang satu perkara.
8. Adakah ini satu isyarat jelas kepada Anwar Ibrahim supaya jangan terlalu angkuh merencana perjuangan Pakatan Rakyat sehingga menafikan peranan dan suara pimpinan parti dalam Pakatan yang lain.
9. Kadang-kadang Anwar bertindak ibarat Pakatan Rakyat itu dia yang punya. Begitu juga dengan pimpinan-pimpinan dan ahli dalam partinya.
10. Saya pernah melihat sendiri bagaimana lekehnya Ustaz Hadi selaku Presiden PAS diperlakukan dalam program ceramah anjuran bersama kedua-dua parti itu di Ampang, seminggu sebelum pilihanraya. Ucapan Ustaz Hadi dua kali diganggu tanpa notis dengan soundtrack lagu Keadilan yang kuat bergema. Kali pertama sewaktu Anwar melangkah masuk ke kawasan padang tempat ceramah dan kali kedua sewaktu Anwar berdiri di kerusi untuk menyanyikan lagu partinya. Ramai penyokong PAS yang terkilan. Wajah Ustaz Hadi jelas berubah – tanda kurang selesa.
11. Itu peristiwa di depan penyokong.Yang di belakang, mungkin lebih parah lagi.
12. 16 September adalah antara bukti ‘kebijaksanaan’ Anwar Ibrahim. Terlalu bijaksana hingga lupa untuk bertanya pandangan rakan seangkatan. Karpal Singh dan Mustapha Ali antara pemimpin Pakatan yang jelas memprotes. Benar, ramai yang terpesona dan masih terliur dengan harapan sebegitu namun rampasan kuasa di Perak adalah antara harga yang perlu dibayar. Kredibiliti Anwar juga telah banyak terjejas.
13. Anwar mungkin kurang faham dengan bahasa ahli-ahli PAS yang kecewa dengan beliau dan partinya.
14. Apabila Ustaz Hadi mencadangkan Kerajaan Perpaduan, harapnya Anwar mampu memahami maksud tersirat pimpinan PAS itu.
http://hasbiemuda.wordpress.com/2009/06/08/disebalik-cadangan-kerajaan-perpaduan/

No comments
Post a Comment