Zaini Salah Bicara

1. Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat berkait tulisan Zaini Hassan dalam ruangan CUIT di akhbar Utusan Malaysia kelmarin [ Rabu ] yang telah menyifatkan al Mursyidul Am PAS sebagai seorang Political Animal.

2. Saya menyifatkan kenyataan itu adalah nakal dan salah sama sekali . Malah mungkin beliau mempunyai niat yang jahat atau tidak baik untuk menjatuhkan kewibawaan dan mencemarkan reputasi kepimpinan Al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz .

3. Tanpa dinafikan sebagai manusia biasa yang tidak maksum sifatnya , al Mursyidul Am PAS juga terdedah kepada salah dan silap . Namun segala salah dan silap itu boleh diperbetul dan diperbaiki bahkan ia menjadi satu hikmah dalam membina kematangan hidup insan di dunia ini . Seperti yang biasa kita dengar ungkapan orang tua - tua kita " belajar dari kesilapan " atau " belajar dari pengalaman "

4. Kita tidak bersikap prejudis terhadap pengalaman dan kesilapan lantaran ia adalah suatu yang muktabarah [ yang diambil iktibar ] dalam kehidupan kita untuk proses kematangan dan kedewasaan dalam tindakan . Justeru itu ia bukanlah suatu yang cela dan keji bahkan tidaklah menjatuhkan maruah dan merosakkan reputasi .

5. Tambahan pula kalau yang berlaku hanyalah salah tanggap atau silap faham . Berpijak di atas semangat ukhuwwah [ persaudaraan ] dan mahabbah [ kasih sayang ] ianya mudah diselesaikan . Semudah tawas yang menjernihkan air .

6. Al Mursyidul Am PAS telah dikenali kemampuan dan kehebatannya dalam memimpin dan menerajui Kerajaan Negeri Kelantan . Ia sangat disenangi oleh rakyat sebagai seorang pemimpin yang soleh dan bertaqwa . Pendekatan kepimpinannya tidak terhenti di medan politik tetapi juga sebagai seorang ulamak yang mendidik dan membimbing spiritual rakyat . Sementara pandangan politiknya disenangi oleh kebanyakan pihak .

7. Maka tidaklah adil bagi saudara Zaini Hassan membuat kesimpulan bahawa al Mursyidul Am sebagai seorang Political Animal [ pengamal politik totok ] hanya berpandu kepada satu kes yang memjadi isu atau polemik dalam PAS mutaakhir ini .

8. Bukankah pelan penyelesaian polemik atau salah faham yang berlaku dalam PAS baru - baru ini mampu dilakukan dengan perbincangan atau musyawarah yang hanya memakan masa satu jam setengah . Jelas ini menunjukkan bagaimana nilai tasaamuh [ saling memaafi / berlapang dada ] dan ukhuwwah fillah [ persaudaraan kerana Allah ] masih menjadi asas keperibadian al Mursyidul Am PAS .

9. Tidak juga saya nafikan betapa kepimpinan tertinggi PAS [ Tuan Guru Dato' Seri Presiden , Timbalan Presiden dan Naib - naib Presiden ] sangat terbuka dan toleransi malah berani mengangkat polemik dan krisis parti menjadi isu atau kes kekeluargaan dan akhirnya mudah diselesaikan dengan semangat kekeluargaan yang tentu sahaja pertaliannya tidak akan putus dicincang .

10. Saya percaya jika ini berlaku dalam UMNO dan BN , pasti sahaja ianya memecah belahkan parti itu seperti pernah berlaku antara Dr. Mahathir dengan Tengku Razaliegh Hamzah dan banyak lagi insiden lain yang menyaksikan perpecahan teruk UMNO dan BN apabila partinya dilanda krisis dan polemik seperti ini . Kerana mereka bukan satu keluarga.
Posted by Nasrudin Hassan

No comments

Powered by Blogger.