17 Premis 7-eleven Di Shah Alam Henti Jualan Minuman Beralkohol
SHAH ALAM, 6 Nov (Bernama) -- Sebanyak 17 daripada 39 cawangan kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven yang beroperasi di bandaraya ini telah menghentikan penjualan minuman beralkohol berikutan tiada permintaan daripada penduduk setempat yang majoritinya beragama Islam.
Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Noor berkata 17 cawangan kedai serbaneka itu terletak di Seksyen 1 hingga 24.
"Sejak Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) keluarkan arahan untuk kawal penjualan minuman beralkohol melalui kaedah kawal selia sendiri atau self regulatory, kedai serbaneka ini bertindak lebih proaktif dengan menutup 17 cawangannya di Shah Alam berikutan tiada permintaan daripada penduduk setempat yang majoritinya Islam," katanya dalam sidang media di sini hari Jumaat.
Mazalan terdahulu mengedarkan pelekat, risalah dan poster kaedah kawal selia sendiri penjualan minuman beralkohol kepada pemilik dan pengusaha tiga kedai serbaneka di Seksyen 9 di sini.
Langkah itu diambil MBSA selaras dengan arahan Abdul Khalid pada Ogos lepas untuk mengawal penjualan minuman beralkohol di bawah 8.8 peratus melalui kaedah kawal selia sendiri atau self regulatory.
Kaedah kawal selia sendiri itu bermaksud pemilik atau pengusaha premis kedai serbaneka yang menjual minuman beralkohol di bawah kadar 8.8 peratus akan bertanggungjawab melaksanakan kawalan serta pemantauan penjualan minuman itu di premis masing-masing.
Mazalan berkata, tujuan pengenalan kaedah itu adalah untuk meningkatkan penglibatan dan pemahaman pemilik atau pengusaha kedai serbaneka terhadap isu penjualan minuman beralkohol selain mengelak tindakan penguatkuasaan MBSA.
"Melalui kaedah ini pemilik premis dan pengusaha kedai serbaneka juga disaran mengenalpasti para pelanggan masing-masing yang membeli minuman beralkohol dan hanya menjual minuman beralkohol hanya kepada pembeli bukan Islam dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas," katanya.
Mazalan berkata pengedaran pelekat, risalah dan poster adalah sebahagian daripada kaedah yang diperkenalkan MBSA selain memastikan pemilik premis mengasingkan minuman beralkohol dengan minuman lain, penyediaan buku rekod untuk mencatatkan maklumat pembeli sekiranya mereka meragui status agama pembeli.
"Memastikan lesen perniagaan sentiasa digantung, mengadakan kaunter bayaran berasingan (untuk pasaraya sahaja) dan melarang pembeli minum minuman beralkohol di sekitar premis.
"Sekiranya pemilik atau pengusaha premis tidak mematuhi arahan, kita akan panggil mereka dulu, terangkan kesalahan mereka dan sekiranya masih berdegil kemudian baru ambil tindakan seperti tidak melanjutkan lesen perniagaan mereka," katanya.
Sumber - BERNAMA

No comments
Post a Comment