Isu Bai'ah PAS : Lihat dengan Kacamata ISLAM
Nota Pagi: Nazman Che Iberahim
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pagi ini apabila saya menjengok akhbar maya tajaan penuh UMNO, Utusan Malaysia, maka saya memikirkan bahawa UMNO-Barisan Nasional ada modal baru untuk menghentam PAS. Kali ini dengan isu bai'ah. Izinkan saya menjawab isu ini dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada serta dalam kerangka yang kecil sahaja. Biarlah jawapan rasmi dan konkrit diberikan oleh pimpinan tertinggi PAS sendiri.
Dan, saya juga amat kecewa dengan sikap sesetengah pimpinan PAS dan juga Zulkifli Nordin (MP PKR Jadian - Ex Pimpinan PAS) yang sengaja membawa isu ini keluar atas kehendak peribadi dan berat sebelah sifatnya, atas pemerhatian saya sendiri.
Saya dan majoriti ahli serta lebih-lebih lagi pimpinan PAS sudah pasti meletakkan Islam sentiasa tinggi melebihi apa jua perkara. Dan, perjuangan Islam ini adalah mencakupi kesemua bidang dan urusan kehidupan harian. Dalam hal ini, saya menyangkal dakwaan dan kenyataan Zulkifli yang mengatakan bahawa tindakan bai'ah ini sebagai mempertuhankan politik dan mempertuhankan demokrasi. Jika sekular dijadikan kacamata kita dalam melihat perkara ini, maka kenyataan seperti itulah yang akan terpacul keluar daripada mulut kita.
Pengkalan Pasir : Suatu Pengajaran
Sudahkah kita lupa, bahawa usaha untuk menegakkan kalimah suci dan syariat Allah S.W.T di muka bumi ini adalah wajib ke atas kita. Dan, cuba ingat kembali keadaan kerajaan Islam Kelantan apabila DUN Pengkalan Pasir jatuh ke tangan UMNO dalam Pilihanraya Kecil pada tahun 2006. Hanya majoriti satu kerusi sahaja yang tinggal untuk kerajaan Islam Kelantan.
Setelah berbelas tahun, program-program keislaman dan kebajikan kepada rakyat dilaksanakan oleh Kerajaan Islam Kelantan, maka jika ada seorang sahaja ADUN, sekurang-kurangnya, yang melompat pada waktu itu, maka negeri yang menjadi pusat keilmuan, tempat berlindungnya para dhuafat dan golongan miskin, tempat lahirnya ramai ulama', sehingga digelar Serambi Mekah ini, sudah pasti akan kembali dipimpin oleh golongan sekular.
Segala usaha PAS dalam membina biah solehah, mencetuskan era pewujudan kaunter Islamik bagi bank-bank konvensional di Malaysia, penganjuran Bulan Sembahyang saban tahun, mewajibkan pemakaian yang menutup aurat di premis-premis kerajaan dan di bandar-bandar sekitar Kelantan, menghidupkan kembali institusi pondok, Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah) bagi membantu rakyat yang ditimpa sesuatu musibah, dan banyak lagi usaha dalam membela kebajikan rakyat akan hilang begitu sahaja.
Banyak perkara kebajikan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Islam Kelantan kepada rakyat, antaranya ialah:1. Pajak Gadai Islam ar-Rahn yang dimulakan di Kelantan di awal 90-an kemudian diterima pakai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).
2. Cuti bersalin kakitangan wanita dilanjutkan daripada 42 hari kepada 60 hari kemudiannya turut diterima pakai kerajaan Pusat.
3. Konsep kerja lima hari seminggu yang kemudiannya dimulai kerajaan Pusat dengan cuti Sabtu pertama setiap bulan bermula Januari 1999. Konsep itu kemudiannya dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana sekarang.
4. Konsep Hotel Islam ditiru oleh negeri Pahang.
5. Amalan tidak memberikan cenderahati atau hadiah semasa lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri diikuti oleh sektor perkhidmatan awam menerusi arahan Ketua Pengarahnya pada Ogos 1998.
6. Konsep rumah mampu milik dengan tiga bilik bagi memupuk kerukunan keluarga dijadikan model oleh pemaju dan kerajaan negeri seluruh negara.
7. Ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa sebagai hiasan di tepi jalan raya, diambil ideanya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1997 untuk digunakan di tepi lebuh raya.
8. Elaun Menteri Besar dan timbalannya juga dipotong sebanyak 10 peratus kepada Perbendaharaan Negeri.9. Menteri Besar juga tidak menggunakan peruntukan sebanyak RM30,000 setahun bagi menyediakan juadah Hari Raya. Selain itu Menteri Besar tidak menggunakan peruntukan berbuka puasa sebanyak RM15,000 setahun.
10. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak tinggal di rumah kerajaan di JKR 10. Agak menarik juga apabila lesen beca roda tiga dihapuskan.
11. Skim Takaful Warga Emas (Kifaalah) yang dilaksanakan mulai awal 2007. Kerajaan negeri mencarum sebanyak RM25 setahun kepada setiap 100,000 warga emas. Dan apabila mereka meninggal dunia manfaat yang diberi sebanyak RM2,500 iaitu RM500 dibahagi pada hari kematian.
12. Peruntukan khas kepada armalah juga disediakan sebanyak RM80,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) setahun.
13. Selain itu sumbangan kebajikan orang bukan Islam dan Orang Asli sebanyak RM1 juta. Bantuan untuk anak yatim juga sebanyak RM2 juta.
14. Bantuan bekalan air dan elektrik kepada penduduk miskin sebanyak RM1 juta. Baja subsidi kepada petani yang disisih daripada mendapat baja cap dacing disediakan sebanyak RM3 juta.
15. Bagi rakyat yang ditimpa sakit kronik disediakan tabung khas berjumlah RM300,000. Bantuan kepada golongan orang kurang upaya bagi meningkatkan taraf hidup sebanyak RM800,000.
16. Tidak kurang dengan juga dengan program rumah dhuafat. Program itu dimulakan pada 2006 di mana sebanyak 45 rumah bernilai RM28,000 setiap satu dibina di seluruh Kelantan. Dan tahun lepas 90 rumah dibina untuk penduduk miskin yang melibatkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM2.6 juta.
17. Penduduk miskin yang mahu membaiki rumah diberi bantuan sehingga RM5,000. Program kebajikan juga terserlah dengan adanya program Pembangunan Ladang Rakyat yang memberi dividen secara bulanan kepada penduduk miskin sebanyak RM200.
Perkara-perkara di atas hanyalah sedikit sahaja daripada usaha-usaha untuk membangunkan rakyat di Kelantan. Dan, apa yang lebih penting adalah, usaha untuk melaksanakan hudud, qisas dan takzir wajib diteruskan sehingga berjaya, bukan sahaja di Kelantan, tetapi juga di Malaysia suatu hari nanti, Insyaallah.
Dan, saya cukup yakin sekiranya tiada bai'ah yang sedemikian, sudah pasti ada wakil rakyat PAS yang berjaya dipujuk rayu, diperdaya dan ditipu oleh UMNO sehingga melompat parti dan menggulingkan kerajaan Islam selepas kemenangan mereka di Pengkalan Pasir. Sedangkan 3 ADUN pun mereka sanggup beli dan perangkap untuk merampas kerajaan sah di Perak, apatah lagi hanya dengan majoriti satu kerusi di Kelantan. Sanggupkah kita kehilangan sebuah kerajaan Islam dan berkebajikan disebabkan sifat tamak sesetengah wakil rakyat? Itu cerita tahun 2004 hingga 2008.
Perjuangan Islam bukan semata-mata Kuasa
Mempertuhankan politik dan mempertuhankan demokrasi. Begitu keras bunyinya. Saya nasihatkan Zulkifli supaya lebih berhati-hati. Kita bukanlah sebuah parti yang sifatnya ultra Melayu, yang berjuang atas faham kebangsaan, nasionalisme, bergerak dalam kerangka sempit dan bodoh memperjuangkan kepentingan bangsa semata-mata. Dan, dalam kebanyakan masa, matlamat perjuangan bangsa banyak disimpan sahaja di dalam kocek, dan kepentingan peribadi menjadi zikir dan ratib harian pimpinan parti pemerintah itu.
Kita juga bukanlah satu parti yang berjuang atas dasar mengikuti kehendak pimpinan tertentu sahaja, yang secara konsisten memperjuangkan keadilan sosial dan keadilan atas apa jua perkara sehingga kadang-kadang Islam tidak dijadikan panduan, yang juga di mana-mana pun bercakap soal berjuang menentang rasuah semata-mata. Yang tiada kekuatan akar umbi tetapi bergerak dalam politik nasional dengan menggerakkan politik persepsi semata-mata untuk terus relevan di mata rakyat. Tetapi misi dan visi PAS lebih besar daripada kesemua perkara tersebut.
PAS berjuang demi kerana Islam, agama yang diturunkan oleh pencipta bumi dan seluruh cakerawala ini. Jika kita boleh menghirup udara, meneguk air, dan menjamu selera dengan nikmat-nikmat yang dicipta oleh Penguasa yang menjadikan langit serta bumi ini, maka mengapa kita tidak boleh menganuti agama yang juga diturunkan olehNya? Kepentingan perjuangan agama Allah melebihi kepentingan peribadi kita sendiri.
Sumpah Laknat Ganti Bai'ah?
Zulkifli ada mencadangkan supaya sumpah laknat dibuat bagi menggantikan bai'ah. Bagus juga cadangan tersebut. Tempoh hari, si Saiful Bukhari, yang mana mendakwa diliwat DSAI, telahpun bersumpah laknat, di dalam masjid pula. Akan tetapi, laporan forensik klinikal, yang disahkan oleh tiga pakar HKL daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Perubatan Forensik membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti konklusif menunjukkan tusukan atau kesan luka pada dubur Saiful.
Najib Tun Razak pun ada bersumpah laknat di dalam masjid di Permatang Pauh mengatakan dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatah lagi terlibat secara konspirasi untuk membunuhnya. Sedangkan, akhbar utama di enam buah negara termasuk di Perancis menceritakan secara terperinci bagaimana Najib terlibat dalam kes pembunuhan ini. Kenapa tidak disaman akhbar tersebut jika Dato' Najib benar-benar bersih?
Antara Bai'ah dan Kepentingan Ummah
Saya ingin berikan satu contoh yang memerlukan perkiraan minda dan emosi semata-mata. Ingatkah lagi kita bagaimana secara tiba-tiba angkatan tentera Iraq yang berjumlah puluhan ribu itu berpaling tadah dan membenarkan tentera US masuk menjajah negara mereka sendiri secara wewenang? Dan, setelah 8 tahun, mereka masih dihina, disiksa, dirogol, dan diperbodoh oleh kuasa asing di negara tumpah darah mereka sendiri. Islam dipermainkan, sekular diangkat tinggi.
Jika anda berpeluang untuk memaksa para anggota tentera itu berbaiah, adakah anda akan gunakan lafaz baiah sama seperti yang digunakan PAS saat ini?
Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa perjuangan PAS bukan semata-mata untuk memiliki kuasa dan melalui proses penggiliran tampuk kepimpinan negara. Ianya lebih besar daripada itu. Usaha untuk membebaskan minda dan jiwa rakyat Malaysia yang masih terjajah dengan fahaman yang karut marut, taghut, kacau bilau, nasionalisme, sosialisme, sekularisme, pragmatisme dan puluhan lagi isme yang dicipta oleh akal manusia yang terbatas. Usaha ini untuk membebaskan umat manusia daripada siksa Allah S.W.T di akhirat kelak.
Wallahu'alam.

No comments
Post a Comment