Sekarang Musim Hujan! Katak Tak Mungkin Lepas Jawatan

Saya tidak akan lepas jawatan Adun: Badrul Hisham

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah tetap dengan pendirian untuk tidak meletak jawatan wakil rakyat walaupun didesak pelbagai pihak.

Badrul Hisham berkata, beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) dan pendirian itu telah dijelaskan pada sidang akhbar khas pada 29 Oktober lalu.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar kedua pada tarikh yang akan diberitahu kelak bagi menjawab bantahan dan desakan terhadapnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninggalkan sidang persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Badrul Hisham mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas yang menyokong BN dengan alasan tidak lagi sehaluan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) selain tidak mendapat peruntukan tahunan yang disediakan kerajaan negeri.

No comments

Powered by Blogger.