Kerajaan Negeri Peruntuk RM100, 000 Baik Pulih Rumah Ibadat
BATU CAVES, 9 Nov - Kerajaan negeri memperuntukkan RM100 ribu bagi membaikpulih 10 rumah ibadat di sepuluh kawasan di negeri ini.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata sumbangan berkenaan bertujuan untuk menampung kos penyelengaraan rumah ibadat sedia ada.
“Hari ini ada kuil,ada tempat tokong dan ada satu gereja.Semua sekali 10 tempat dia punya total yang kita bagi RM10 ribu tiap tempat.So RM100 ribu yang kita bagi”, katanya.
Beliau berkata demikian kepada TV Selangor selepas majlis penyerahan cek sumbangan rumah ibadat tersebut di Pusat Khidmat Dun Batu Caves, dalam majlis Sambutan Deepavali Parlimen Gombak dan Batu Caves.
Antara rumah ibadat yang menerima sumbangan tersebut adalah Kuil Sri Sivamaghamariamman, Batu Caves, Persatuan Penganut Om Aam Alayam Ampang, Sri Sakthi Vinaryagar Alayam dan Pertubuhan Penganut Dewa Hong Pao Ji Gong Kuala Lumpur dan Selangor.
Dalam majlis yang sama, Adun Batu Caves, Amirudin Shari turut menyampaikan sumbangan RM2, 500 kepada lapan penerima yang terlibat dalam projek landasan berkembar eletrik.
Sementara itu, Amirudin berkata selain meraikan penduduk, program Smabutan Deepavali ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan rakyat dengan pemimpin.
“Saya harap program ini dapat memberikan serta dapat dapat menjana suasana muhibah dikalangan masyarakat setempat yang kita lihat pada hari ini hadir beramai-ramai tidak kira dari masyarakat melayu, Cinadan juga India bersama-sama berkumpul dengan sepakat dan tekad yang padu untuk mengukuhkan semangat perubahan dan menegakkan keadilan di Batu Caves, Gombak dan seluruh Selangor dan Malaysia amnya”, katanya.
Amirudin berkata demikian dalam ucapannya di majlis berkenaan.
Hampir 5000 tetamu yang hadir memeriahkan majlis berkenaan di jamu dengan pelbagai jenis hidangan tradisional kaum India, tosee, roti canai,nasi beriani dan kuih muih.
Selain dari Amirudin, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam turut sama memeriahkan majlis rakyat ini.

No comments
Post a Comment