Peristiwa Sejadah Berdiri Bukan Aneh, Kata Pengarah JAIPs
KANGAR, 5 Nov (Bernama) -- Kejadian sejadah berdiri di beberapa negeri sejak kebelakangan ini bukan peristiwa yang aneh kerana ia mungkin dilakukan manusia, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Malek Hussin.
Katanya dalam beberapa saat sahaja sejadah boleh diletakkan berdiri terutama sejadah baru yang masih keras.
Sambil menunjukkan kaedah mendirikan sejadah di pejabatnya Khamis, beliau berharap umat Islam tidak terpengaruh dengan perkara-perkara karut sehingga memesongkan akidah mereka.
Katanya, dalam kejadian minggu lalu di surau Taman Kastam 3, Padang Besar, empat sejadah dikatakan berdiri dengan kedudukan seperti seorang imam sedang bersolat bersama tiga makmum.
Beliau berkata empat sejadah itu telah dibawa pulang ke pejabat JAIPs dan sejadah yang sama digunakan bagi demonstrasi itu.
Malek berkata, sejadah itu dibawa pulang berikutan orang ramai berpusu-pusu untuk menyentuhnya kononnya untuk mendapat berkat.
Sementara itu pada demonstrasi itu, beliau melipat sejadah itu dan menjatuhkannya ke atas meja pada paras ketinggian dua kali lalu terbentuk sejadah berdiri itu.
Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kebetulan berada di situ turut mencuba melakukannya dan mendapati ia begitu mudah untuk didirikan.
Shahidan berkata, oleh kerana ia terlalu mudah, ada kemungkinan perbuatan itu dilakukan manusia dengan niat hanya individu itu sendiri mengetahuinya.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment